Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Guru Mengalu-alukan Raja Kemudaan, Bahagian 3 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Aku benar-benar berharap dan berdoa kepada TUHAN, Bapa pengasihku agar aku dapat bekerja untuk Engkau dengan lebih lancar, lebih tenang dan menyiapkan kerja sebelum aku meninggal dunia. Maksud saya, meninggalkan tempoh masa, tempat dan ruang peralihan ini, maksud saya, planet ini. Saya masih belum… pulih sepenuhnya di sini tetapi saya baik-baik saja. Jangan risau. Saya hanya menceritakan beberapa kisah hidup saya kalau-kalau ia menarik bagi anda tahu. Mungkin begitu, tapi saya tak apa-apa. Saya juga merupakan Raja Pemutar Roda Dharma, jadi saya takkan apa-apa. Pada masa ini, saya malah disokong. Saya malah salah satu daripada Tiga PALING Berkuasa Yang Bersatu Semula, jadi jangan rasa risau tentang saya. Saya buat kerja saya dengan baik. Banyak Raja pun mengesahkan itu. Raja Kemudaan baru mengesahkan itu juga.

Saya ada banyak perbualan dengan Raja-raja lain yang dirakamkan tetapi belum lengkap, jadi sebenarnya saya belum dapat paparkannya kpd anda. Tapi memandangkan kisah Raja Kemudaan sudah ada di sini dan saya telah rakamkan hampir 100% daripadanya, barangkali saya akan biar pasukan saya mentranskripsikan dan menyediakannya untuk dipaparkan kepada anda. Itu hanyalah sebahagian kecil daripada hidup saya di Bumi. Mungkin anda ingin tahu. Jika anda tak nak tahu, tak mengapa – anggapnya sebagai dongeng pari-pari pada zaman dahulu.

Sebenarnya banyak dongeng pari-pari tentang bomoh yang ganas, sihir hitam dan orang hodoh yang cuba memudaratkan kanak-kanak, memudaratkan orang-haiwan, malah memudaratkan orang dewasa yg lebih besar, manusia, semuanya adalah benar. Mungkin peratusan imaginasi atau tekaan yang kecil dijalin ke dalamnya. Kebanyakan manusia tak dapat percayainya. Kebanyakan manusia tak dapat percayai cerita-cerita ini tetapi saya boleh jamin kepada anda bahawa kebanyakannya ialah kisah sebenar. Orang ceritakannya kepada kanak-kanak dan itu hanya seperti cerita waktu tidur bagi mereka tetapi itu benar. Kadangkala mereka malah menculik kanak-kanak untuk melatih mereka menjadi jenis kejahatan sihir. Harap-harap ini tidak berlaku lagi kepada mana-mana manusia yang lemah, tidak berdosa dan senang terpengaruh atau tergoda untuk melakukan perkara yang mencurigakan, memudaratkan manusia lain seperti orang yang melakukan penipuan untuk memudaratkan orang, mencuri wang simpanan titik peluh orang dan merampas maruah, kepercayaan moral dan kepercayaan mereka kepada TUHAN.

Saya begitu bersimpati dengan semua manusia di dunia ini kecuali mereka yang bukan manusia sebenar tetapi memiliki badan manusia atau membunuh manusia dan mengambil badan mereka untuk terus hidup, menghisap kerja keras manusia untuk hidup dan memperdaya, memudaratkan mereka dengan banyak cara. Saya memang tak dapat bersimpati dengan mereka. Mereka tiada roh. Mereka hanya pinjam badan manusia untuk berbuat jahat, memudaratkan manusia lain. Saya tidak bersimpati. Pada bila-bila saya boleh musnahkan mereka, saya akan buat begitu tanpa berfikir kerana saya juga berikan jalan hidup kepada mereka untuk pergi – saya cipta sebuah alam untuk mereka tetapi mereka tidak terimanya. Itu akam yang dicipta malah di atas kesemua Tiga Alam supaya alam itu tidak akan musnah. Mereka boleh tinggal di sana selama-lamanya secara bebas, neutral dan bahagia tanpa sebarang bayaran balik kpd saya atau apa-apa dan Tuhan izinkan saya berbuat demikian.

Tetapi tidak, sesetengah drpd mereka nak berpaut pada tabiat buruk membunuh dan memudaratkan makhluk lain hanya kerana mereka bersifat sadis. Mereka buat semua itu utk seronok-seronok atau balas dendam terhadap manusia yang tidak mengikut contoh jahat mereka. Mereka akan cuba musnahkan mereka atau mana-mana Santo dan Orang Suci yang cuba bersungguh-sungguh untuk bantu manusia dan mengorbankan banyak benda untuk menaikkan umat manusia. Mereka tidak suka akan mereka. Mereka cuba memudaratkan mereka dengan sebarang cara yang mungkin. Sebab itulah sejak zaman dahulu, banyak Guru mati dengan cara yang begitu kejam, dibunuh oleh mereka kerana mereka lakukan penyaliban dan mempengaruhi banyak manusia yang lebih lemah atau anggota sendiri yang jahat dalam bentuk manusia untuk mewujudkan kekejaman sebegini terhadap mana-mana Guru.

Saya sendiri, dalam hidup saya hingga kini, telah banyak kali hampir, maksud saya, boleh dikatakan, disalib. Ia tidak kelihatan macam keadaan Nabi Isa tetapi sama saja. Bukan pemandangan yang sama tetapi kesusahan yang sama, penderitaan yang sama dari segi fizikal, mental, psikologi, sebarang jenis – melambatkan banyak kerja saya dan bazirkan sebahagian daripada kuasa spiritual saya juga. Saya cuba bersungguh-sungguh untuk mempertahankan diri supaya saya dapat meneruskan Misi TUHAN dan terus membantu manusia di dunia ini. Saya masih di sini sekarang, berkat Perlindungan TUHAN, disebabkan semua Santo dan Orang Suci serta pahala, disebabkan semua Pengawal Dharma, Raja Perlindungan dan mana-mana makhluk lain yang bantu dalam perjuangan saya. Saya terhutang budi selama-lamanya. Semoga TUHAN kasihi anda selama-lamanya mengurniai anda segala berkat, pahala dan rahmat sebaik mungkin. Amin.

Saya begitu gembira dengan akhirnya saya dapat bertemu dengan Raja Kemudaan di alam spiritual – di Bumi tetapi dalam pemandangan spiritual kerana kita tidak dapat bertemu secara fizikal. Kita ada Raja-raja lain yang saya bercakap dan bertemu tetapi saya akan perkenalkan Mereka kepada anda apabila saya dapat lakukannya. Hidup saya terlalu sibuk, berjuang di semua arah, memastikan diri berada dalam keadaan baik, membuat kerja spiritual dan melindungi dunia pada masa yang sama, jadi saya tak sentiasa dapat buat semuanya yang saya mahu dalam tempoh masa sesingkat mungkin. Saya memang harap dan rasa anda faham. Jadi walaupun saya telah janji kepada anda bahawa saya akan buat rakaman dan kumpulkan semua maklumat antara saya dengan Raja pertama yang kami temu tetapi hingga kini, banyak kejadian berlaku. Jadi hanya ambil apa-apa saja yang boleh saya tawarkan pada bila-bila saja.

Terima kasih banyak-banyak kerana bantu saya dengan banyak cara, melakukan kerja TUHAN untuk menyelamatkan dunia, menyelamatkan manusia. Saya berterima kasih kepada anda dari lubuk hati saya. Saya bukan sahaja berterima kasih kepada anggota pasukan saya, pasukan dalaman dan pasukan jauh tetapi juga banyak anak murid TUHAN berkaitan yang membantu projek besar kita untuk menyelamatkan dunia ini, tetapi saya juga berterima kasih kepada kononnya bukan anak murid, mereka yang berdemonstrasi di jalanan dalam segala jenis cuaca bagi bersuara untuk orang-haiwan yang tidak bersuara – keadaan pahit getir, ketakadilan mereka, serta segala jenis usaha berorganisasi atau individu yang lain untuk membantu manusia dengan sangat banyak cara.

Kita tak dapat senaraikan dengan secukupnya, malah mereka yang menentang penculik kanak-kanak, menentang pembunuhan janin dalam kandungan, menentang peperangan yang tidak wajar di mana-mana saja, membantu mangsa perang, mangsa bencana dan menyokong ciptaan ahli sains yang berhati murni dan ahli sains sejati, segala jenis orang – saya terhutang budi kepada mereka. Saya berterima kasih kpd anda semua. Terima kasih kepada anda semua. Walaupun saya tak dapat sebut anda semua, saya berterima kasih kepada anda. Semoga TUHAN berkati anda secara berlipat ganda.

Seperti mereka yg selamatkan manusia dalam situasi susah dan berbahaya pada bila-bila diperlukan, menyelamatkan orang-haiwan, menjaga orang-haiwan, menyokong orang-haiwan – atas perlakuan penuh kemurahan mereka Kita tak dpt senaraikan dgn secukupnya semua wira senyap ini, malah anggota polis, ahli bomba, merisikokan nyawa untuk menyelamatkan sangat banyak manusia, banyak orang-haiwan yang tidak terkira dan banyak perkara lain yang dilakukan oleh mereka yang kita tiada masa yang mencukupi untuk senaraikan di sini. Saya berterima kasih kpd anda semua.

Saya malah berterima kasih kepada manusia biasa yang hanya jaga urusan sendiri, membuat kerja baik dalam profesion mereka dan bantu terus membina dunia ini dari segi fizikal, material supaya semua orang akan ada tempat tinggal yang selesa, rumah yang selamat dan penjagaan perubatan untuk kesihatan mereka. TUHAN berkati anda semua berlipat ganda. Semoga anda beroleh ketenangan, kasih sayang dan apa-apa saja yang baik yang ingin anda peroleh. Amin.

Kita bersyukur kpd satu-satunya Bapa, Ibu kita, MAPA, TUHAN Yang Maha Berkuasa, TUHAN, Yang PALING Berkuasa, TUHAN Yang Maha Esa daripada semua Alam Semesta. Kita perlu bersyukur kepada Dia selama-lamanya. Semoga TUHAN berkati kita, kasihi kita secara berterusan dan menaikkan kita dari segi rohani supaya kita semua dapat ingat akan Dia dan mengetahui jalan pulang ke Rumah melalui mana-mana Guru Bermakrifat yang dilantik oleh TUHAN.

Anda tidak perlu mengikut saya kerana mungkin masa anda belum tiba untuk menerima Ajaran TUHAN bagi pulang ke Rumah. Mungkin anda masih ada kerja untuk dibuat di planet ini dan belum mahu pulang ke Rumah. Tak mengapa, hanya bermoral. Bacalah ajaran Guru-guru masa lalu seperti Nabi Isa, Buddha dan banyak Guru yang lain – kita tak dapat senaraikan Mereka semua di sini, dan menonton Supreme Master Television, pelajari apa yang boleh daripadanya, lindungi nyawa anda, lindungi anak anda, lindungi cara hidup anda yang bermoral, percaya kpd TUHAN. Tolonglah, apa-apa saja yang baik, jika anda boleh, lakukan – sekarang juga dengan segera. Apa-apa yang buruk, bertentangan dengan hati nurani anda, hentikannya, jauhinya. Itu saja yang perlu anda buat: Percaya kepada TUHAN, berbuat baik, kekal bermoral. Itu saja yang perlu anda buat jika anda ingin terus hidup di dunia ini atau mana-mana dunia yang lain dengan tenang, bahagia, puas dan selamat. Semoga TUHAN berkati kita semua. Amin.

Photo Caption: “Ah, Ashram ALAM BAHARU. Taiwan, Tempat Spiritual yang DIBERKATI!”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (3/3)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-10
2554 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-11
2138 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-12
2085 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-12
1228 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-07-12
800 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-12
2085 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-12
948 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-11
884 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-07-11
808 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-11
1099 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-11
2137 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun