Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Guru Mengalu-alukan Raja Kemudaan, Bahagian 1 daripada 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Selamat datang, Tuanku, Raja Kemudaan. Maaf, aku tak dapat jumpa sebelumnya. Dengan Nama TUHAN, dengan nama semua makhluk di planet rendah ini, kami menyambut Engkau dengan rasa hormat, kasih sayang dan pelukan mesra. Terima kasih kerana datang ke kediaman sederhana aku dan berbilion-bilion, bertrilion-trilion makhluk yang lain ini. Terima kasih banyak-banyak kerana datang dari tempat yang begitu jauh. Berapa jauhnya dari alam hidup spiritual-Mu ke planet kami? Berapa jauh Engkau perlu buat perjalanan? Beritahulah kami.

Raja bertitah bahawa kira-kira sepuluh zilion tahun cahaya di antara kita dan kerajaan spiritual-Nya. Wau, jauhnya itu! Tidak banyak daripada kita dapat bayangkan itu boleh berapa jauh, sama seperti Buddha sentiasa cuba jelaskan jarak jauh dengan gunakan pasir Sungai Ganges. Bayangkan berapa banyak pasir dapat anda kira di Sungai Ganges, maka anda boleh bayangkan berapa jauhnya dari sini ke alam hidup Raja Kemudaan, seperti Buddha ingin menjelaskan jarak, jarak jauh sangat yang tak dapat dibayangkan di antara planet ini dan alam kediaman suci spiritual BUDDHA RAJA UBAT. Itu kira-kira lebih sepuluh… Biar saya ingat. Kira-kira 10 kali ganda bilangan pasir Sungai Ganges.

Petikan daripada Kitab Pahala dan Kebaikan Sumpah Masa Lalu Tathagata Tabib Perubatan Cahaya Vaidurya, Bab 1 “Buddha beritahu Manjushri, ‘Berlalu dari sini ke timur, melepasi Alam-alam Buddha sebanyak butiran pasir di sepuluh sungai Ganges, ialah alam yang dipanggil ‘Vaidurya Suci’. Buddha di sana bernama Tathagata Tabib Perubatan Cahaya Vaidurya, Yang Wajar dan Setara Makrifatnya, Yang Sempurna dalam Pemahaman dan Amalan Spiritual, Yang telah Lepasi Pencemaran Duniawi, Yang Memahami Dunia, Raja Tertinggi, Wira Penyelaras, Guru Dewa-dewi dan Manusia, Buddha, Bhagavan. Manjushri, ketika Orang Sanjungan Dunia itu, Tathagata Tabib Perubatan Cahaya Vaidurya, mengamalkan jalan Bodhisattva pada masa dahulu, Dia membuat dua belas sumpah besar yang membolehkan semua makhluk memperoleh apa yang mereka cari.’”

Wau, bayangkan! Dapatkah kita kiranya pun? Buddha maksudkan itu jarak yang begitu jauh dalam ruang dan masa. Nama Baginda ialah FU, F-U. Nama domain spiritual-Nya ialah WY, W-Y, bermaksud KEMUDAAN. Kita alu-alukan Baginda. Aku sendiri berasa sangat beruntung dan gembira dengan Engkau datang kepada kami kerana berbanding dengan domain spiritual suci-Mu, kami memang tiada apa-apa yang hebat. Begitu pun, Engkau meluangkan masa dan menahan segala kesulitan, lupakan keselesaan-Mu untuk datang kepada kami. Kami ucapkan terima kasih kpd Engkau sekali lagi. Adakah terdapat apa-apa yang ingin Engkau kongsi dengan kami, orang di planet ini? Ya? Sila beritahu.

Raja bertitah, “Engkau, dgn sifar keinginan terhadap kemasyhuran dan keuntungan, wajar mendapat pemujaan dan pujian kami. Oleh itu, kami berasa bangga melawat Engkau di sini.” Oh! Tidak, tidak, Tuan. Tuan dan rombongan-Mu, pujalah TUHAN Yang Maha Berkuasa, MAPA aku, Yang Esa yang wajar dipuja. Tapi terima kasih banyak-banyak atas kata-kata berkat suci-Mu. Dengan Nama TUHAN Yang Maha Berkuasa dan dengan nama penghuni planet ini, kami ucapkan terima kasih kpd Engkau. Kami sampaikan kasih sayang, pujian, ucapan terima kasih kpd Engkau, Tuanku, rombongan-Mu di sini dan semua...

Berhenti secara tiba-tiba disebabkan ‘pertempuran’ yang dihasut oleh geng hantu ghairah. Lepas satu jam beberapa minit, selesai tetapi letih lesu... Saya berehat, tak nak bangun, tetapi memikirkan roh-roh yang menderita di sini dan neraka, saya melompat bangun dan minta RAJA KEMUDAAN supaya teruskan perbualan kami. Sebagaimana yang anda tahu, esok ialah satu lagi hari yang berlainan!

Minta maaf atas gangguan ini, Tuanku, Raja Kemudaan. Tolonglah, boleh kita teruskan? Ya? Terima kasih. Engkau pun memahami situasiku dan memaafkan aku kerana berhenti di tengah-tengah perbualan tadi. Raja bertitah, “Itu bukan salah-Mu. Karma dunia begitu banyak menyeksa Engkau.” Tuan, jangan risau tentang aku. Tolonglah, izinkan aku teruskan dengan Engkau. Apakah tujuan lawatan hebat-Mu ke dunia ini? Raja bertitah, “Ini untuk bercakap dengan Engkau, sendiri berjumpa dengan Engkau dan ucapkan tahniah kepada Engkau atas banyak kemenangan-Mu terutama atas banyak peningkatan keamanan dan kemenangan.” Terima kasih, Tuan, Tuanku. Terima kasih.

Beritahulah kami sebarang nasihat yang boleh Engkau berikan untuk kelangsungan hidup dunia ini. Raja bertitah, “Oh, ya! Boleh kongsinya.” Raja bertitah, “Sekali lagi, bukan salah-Mu tetapi karma dunia buat Engkau menjadi letih lesu. Namun, jika Engkau ingin meneruskan perbualan, kita boleh. Kami bersimpati kerana Engkau perlu begitu banyak menahan.” Oh! Tidak, Tuan. Aku begitu gembira dapat bercakap dengan Engkau. Sekarang pun, aku mahu teruskan walaupun Engkau benarkan aku menyambung semula perbualan esok disebabkan… halangan tadi dan jenis gangguan secara tiba-tiba. Kita akan teruskan sebanyak yang boleh. Mana tahu esok akan macam mana.

Aku rasa kesal kerana Engkau datang ke sini tetapi kami tiada banyak untuk ditawarkan. Dari kediaman suci dan megah-Mu, tiada satu perkataan negatif pun yang wujud, apalagi sebarang tanda, sebarang perbuatan yang bersifat begitu rendah! Engkau perlu datang ke sini utk melawat jenis dunia yang begitu kucar-kacir dengan begitu banyak kesakitan dan penderitaan masih berterusan. Aku berasa rendah diri dan malu dengan Engkau perlu melihat segala perkara sebegini. Maafkanlah kami, dlm Rahmat TUHAN. Terima kasih, Tuan. Raja Kemudaan menyambung, “Jangan takut. Keamanan akan datang.” Terima kasih, Tuan.

“Kami datang dgn damai dan muhibah. Kami ada Hadiah untuk Engkau.” Terima kasih, Tuanku. Aku juga ada satu hasrat saja untuk ditawarkan kepada Engkau: Engkau dan domain spiritual suci-Mu akan terus hidup dalam kedamaian, kemudaan, kegembiraan dan kebahagiaan selama-lamanya, selama-lamanya. Amin. Raja bertitah, “Terima kasih. Hadiah kepada Engkau ialah…” Tuan, ini untuk aku secara peribadi atau untuk dunia? “Untuk Engkau secara peribadi.” Oh, wau, Tuan! Aku tak tahu sama ada aku layak mendapatnya tapi terima kasih. “Hadiah yang kami tawarkan ialah...” Raja mahu saya menyimpan Hadiah ini untuk diri sendiri secara sulit dan saya akan menuruti hasrat-Nya.

Terima kasih, Tuan, dgn tak terhingga atas kebaikan dan kemurahan hati-Mu. Semoga TUHAN kasihi Engkau dan orang-Mu selama-lamanya, melindungi Engkau dan orang-Mu, kurniai Engkau dan orang-Mu segala-galanya yang terbaik. Amin. Aku memeluk Engkau dengan segala Kasih Sayang, rasa terima kasih dan persahabatanku, di bawah Rahmat TUHAN Yang Maha Berkuasa, Maha Besar, Maha Esa dengan Kuasa PALING, PALING BESAR dan tiada sesiapa dalam sebarang kedudukan sebanding dengan TUHAN. Kita cintai TUHAN selama-lamanya.

Engkau datang ke sini dengan perjalanan yang begitu jauh. Apakah alat yang Engkau gunakan bersama rombongan utk datang ke sini? Adakah Engkau selamat di dalamnya? Adakah Engkau selamat dengannya apabila pulang ke rumah? Raja bertitah, “Oh, ya! Oh, ya! Kami ada peralatan yang sangat hebat, menakjubkan utk datang ke sini. Jika tidak, kami takkan dapat sampai ke planet Bumi.” Apa jenis alat itu, Tuan? Bolehkah kita bandingkannya dengan apa-apa di dunia ini? “Tidak, tidak.” Raja bertitah, “Tidak, tapi mungkin jika dunia-Mu benar-benar menjadi lebih ternaik melalui gaya hidup penuh kemurahan, maka suatu hari nanti kalian akan dapat capai kuasa besar, dapat mencipta sangat banyak benda yang menakjubkan, dan mana tahu, mungkin suatu hari nanti Engkau dan umat-Mu boleh melawat kami juga.” Wau, itu akan menjadi impian yang sangat, sangat seperti dongeng pari-pari!

Apa jenis alat itu? Adakah ia seperti UFO yang kami nampak kadangkala? Raja bertitah, “Oh, tidak, jauh lebih maju daripada itu!” Wau! Suatu alam mimpi, huh? Terima kasih kerana beritahu kami. Engkau ambil masa berapa lama untuk sampai ke sini dari domain-Mu, Tuan? “Itu ambil masa 90 hari,” titah Raja. Sembilan puluh hari. Itu selama tiga bulan. Wau, wau! Mengapa? Terima kasih, Tuan, kerana buat perjalanan sebegini untuk datang secara khas untuk melawat kami secara peribadi macam ini. Kami berterima kasih selama-lamanya. Aku amat tersentuh menerima kasih sayang, berkat dan ucapan selamat-Mu. Semoga TUHAN kurniakan lagi banyak kepada Engkau.

Photo Caption: “Alam Semula Jadi Boleh Hasilkan Daya Tarikan daripada yang Kecil”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Sains dan Kerohanian
2026-07-10
875 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-10
2176 Tontonan
Filem Pendek
2026-07-10
957 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-09
913 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-07-09
959 Tontonan
Lagu, Gubahan, Puisi dan Persembahan Mahaguru Ching Hai (vegan)
2026-07-09
1334 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-09
2207 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-08
1093 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun