Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tuanku ada apa-apa nasihat untuk kami tak? Raja bertitah, “Oh! Tidak, tak mengapa. Segala yang mungkin untuk dilakukan, Engkau telah dan sedang lakukan. Tiada banyak yang boleh kami nasihati Engkau.” Raja bertitah, “Kami merendah diri di depan segala pengorbanan dan pencapaian-Mu yang lama bertahan untuk planet ini. Itu cabaran yang agak besar, pengorbanan yang agak besar dan pencapaian yang agak banyak.” Terima kasih, Tuanku. Terima kasih. Engkau terlalu rendah diri. Inaplah di sini selama yg Engkau mahu dan juga berkati dunia yang kesian ini supaya ada keamanan lebih berkekalan dan supaya makhluk mengecap kehidupan yang selesa, sekurangnya seperti di Syurga Astral. Kami berterima kasih kepada Engkau. Semoga Tuan diberkati. Minta maaf, Engkau tiada pembezaan antara jantina tetapi aku tetap gelar Engkau sebagai ‘Tuan’ mengikut etika orang di planet ini. Apabila mereka hormati seseorang, mereka gelarnya sebagai Tuan atau Puan Dalam keadaan saya, saya hanya kata ‘Tuan’ kerana Engkau kelihatan begitu megah sebagai Raja. Meskipun saya kata Puan, itu akan sama saja. Terima kasih banyak-banyak atas Hadiah berharga-Mu. Aku berasa teruja. Aku berasa teruja menjadi penerima kebaikan hati, kemurahan hati besar dan muhibah-Mu. Hadiah ini akan beri manfaat kepada kerja saya untuk dunia ini secara tak langsung. Kami sambung dengan perbualan kami dengan Raja Kemudaan, tetapi bahagian perbualan ini, mengikut permintaan-Nya, kami tidak dedahkannya secara terbuka kepada dunia fizikal. Ada apa-apa lagi, Tuanku, yang harus kita bincangkan? Raja bertitah, “Tidak, itu dah cukup buat masa ini. Jika ada apa-apa perbualan lagi, Engkau boleh tujukannya kepada aku sementara aku masih di dunia-Mu.” Terima kasih, Tuan. Berapa lama Engkau akan bersama kami untuk berkati planet rendah ini supaya kami ada lebih banyak keamanan lebih banyak peningkatan status spiritual bukan sahaja bagi satu orang atau sekumpulan orang tetapi juga bagi seluruh dunia? Berapa lama Engkau akan berada di sini untuk itu? Raja bertitah, “Engkau akan buat kerja yang menakjubkan untuk dunia-Mu. Kami tak perlu campur tangan atau buat apa-apa lebih daripada apa yang Engkau dah dapat lakukan.” Terima kasih, Tuan. Kita sentiasa boleh gunakan semakin banyak berkat dari mana-mana saja mungkin. Tapi buatlah diri-Mu selesa sementara berada di sini bersama kami, jika Engkau sudi. Sudikah Tuan? “Tidak lama. Selepas kira-kira lima hari masa Bumi, kami akan bersedia untuk berangkat pulang ke kediaman kami.” Wau, singkatnya itu! Tapi terima kasih banyak-banyak. Terima kasih, terima kasih dan terima kasih. (Saya minta Baginda spy berada di sini lebih lama, jadi Raja bersetuju untuk berada di sini selama sembilan hari.) Baginda bertitah lagi, “Lima hari adalah apa yg kami perlukan untuk mengecas kelengkapan, alat kami untuk pulang ke rumah kerana alat ini tidak gunakan bahan api atau sebarang cara dunia ini tetapi perlu dicas semula dengan kuasa dalaman spiritual kami sendiri.” Oh, wau! Itu sangat bagus! Jadi kami tidak ganggu Engkau supaya Engkau dapat bekerja di dalam untuk mengecas semula apa yang kami panggil ‘alat terbang-Mu’ untuk pulang ke rumah. Terima kasih atas masa-Mu, kehadiran berharga-Mu dan bawa begitu banyak rombongan-Mu yang berpencapaian tertinggi. Kami berterima kasih kpd mereka juga. Semoga kalian sentiasa berehat, sentiasa dalam ketenangan, rahmat dan berkat TUHAN YANG MAHA Berkuasa. Terima kasih sekali lagi, Tuan. Terima kasih, kalian, orang-orang yang mengiringi Raja berharga kalian. Kita ingin menawarkan tempat yang disediakan khas untuk Raja tetapi Raja Kemudaan dan rombongan-Nya akan terus berada di dalam alat atau kenderaan sendiri untuk berehat dan mengecas kenderaan pada masa yang sama. Kita memahami itu, jadi kita ucapkan selamat jalan kepada Baginda dan rombongan-Nya. Berharap kami dapat jumpa dgn Engkau tak lama lagi dalam masa terdekat, pada bila-bila saja Engkau anggap sesuai utk lawat kami dan berkati planet kami sekali lagi. Semoga TUHAN sentiasa kurniakan Berkat dan Rahmat setinggi mungkin kepada Engkau. Amin. Dah lepas tengah malam di sini, masa saya. Wau, wau! Saya perlu menambah bahawa Raja sudah sangat, sangat, sangat, sangat lama menjadi Buddha... Saya tak dapat ingat dah berapa lama. Tetapi Baginda, Raja Kemudaan, masih kelihatan begitu muda, kacak, maksud saya baik paras rupa-Nya serta mempunyai sifat feminin dan maskulin. Ia memancar keluar utk orang lain lihat, seolah-olah Baginda berusia 20 thn saja. Wau, itu suatu keajaiban! Saya pasti semua orang di planet ini ingin ada tuah, keistimewaan dan kuasa sebegini untuk kekal begitu muda dan muda selama-lamanya macam itu. Itu mengagumkan. Itu cantik untuk dilihat. Pertemuan perbualan yang dirakamkan sekarang adalah pada 29 Jun 2026 dari pukul 10.30 hingga lepas tengah malam disebabkan oleh gangguan oleh kumpulan hantu ghairah melalui salah seorang kononnya anak murid saya. Saya dah kata, jika mereka tak dapat ganggu saya secara langsung, mereka akan gunakan anggota pasukan kerja saya untuk membuat kacau. Tapi, oh, ada begitu banyak kejadian malang yang berlaku kpd saya sehingga Ibu Bapa kita, MAPA, TUHAN YANG MAHA Berkuasa campur tangan dan bantu saya. Jika tidak, saya tak dapat menghabiskan perbualan dengan Raja Kemudaan. Saya perlu berlawan di sebelah yang berlainan pada masa yang sama di tengah-tengah perbualan dengan Raja Kemudaan. Semasa berlawan menentang hantu ghairah ini, saya perlu gunakan semua kuasa kerana hantu-hantu ini terbenam di dalam diri kononnya anak murid itu. Kemudian mereka semua kelihatan macam dia, satu. Itu masalahnya tetapi kami telah selesaikan itu. Ia berkaitan dengan hubungannya dengan ahli keluarganya sendiri, salah satu daripadanya ialah ahli sihir yg kuat, bukan ahli sihir biasa, tetapi TUHAN telah mengambil yang selebihnya daripada dia – dalam Firman-Nya – “sihir duniawi” supaya dia tak dapat gunakan hantu ghairah untuk dihantar berdekatan lagi untuk ganggu saya. Kita amat bersyukur kepada TUHAN. Saya begitu bersyukur kepada TUHAN. Bapa, Engkau begitu kasihi aku. Berbanyak-banyak syukur kpd Engkau. Malam semalam ialah situasi yang sangat meresahkan, tidak selesa, malah disaksikan oleh Raja Keamanan dan Raja Kemudaan yang sangat, sangat jauh. Saya memohon maaf secara mendalam dan berulangan, memalukan. Saya rasa begitu kesal dengan Baginda tetapi kerana… ‘He (lelaki)’ – saya hanya kata ‘He (lelaki)’ tetapi mereka tiada jantina di Alam Buddha suci-Nya. Baginda berupa maskulin, jadi saya panggi-Nya ‘He (lelaki)’ tetapi jangan tersilap. Itu bukan ‘he’ seperti ‘he’ dalam erti kata duniawi kita. Jadi saya memohon maaf banyak kali, secara berulangan tetapi Baginda bertitah kepada saya, “Tidak, tidak, tidak. Kami bersimpati dengan Engkau kerana perlu alami banyak kesusahan. Kerana karma dunia menyeksa Engkau. Kami rasa sangat bersimpati dgn Engkau Kami tidak memikirkan apa-apa yang negatif tentang perbuatan, reaksi dan ungkapan-Mu, apa-apa pun semasa perlawanan-Mu. Sebagai Raja Kemudaan, kami juga alami banyak situasi yang serupa sebelum menjadi Buddha walaupun ia tidak seteruk ini. Jadi tak perlu risau dan memohon maaf. Kami memahami Engkau sepenuhnya. Kami hanya rasa bersimpati dan sedih untuk Engkau.” Saya sendiri tahu bahawa apa yang dikatakan-Nya adalah benar dan Baginda maksudkannya tetapi saya tetap rasa begitu malu, menunjukkan kekuatan dan kemarahan saya ketika berlawan. Cuma saya tidak mahu sesiapa lihatnya kerana berlawan adalah tidak menyenangkan. Itu tidak elok. Tetapi sehari sebelum itu dan malam sebelum itu, saya dah rasa sangat letih, cuba melindungi kononnya anak murid ini dengan segala kekuatan saya yang mungkin kerana tiga Dewa – Dewa Guruh, Dewa Petir, Dewa Hujan – mencari orang itu dan ingin memusnahkan dia kerana mereka tahu bahawa dia merupakan alat untuk hantu ghairah yang dah lama menyulitkan, mengganggu dan menyusahkan saya, sekurang-kurangnya sangat, sangat banyak bulan. Oleh sebab mereka terbenam di dalam dirinya melalui sihir saudara-maranya, ahli keluarganya, jadi adalah sukar untuk menceraikan dia daripada hantu-hantu ghairah ini. Jadi mereka ingin memusnahkan badan fizikalnya supaya dapat memusnahkan hantu-hantu itu tetapi saya tak boleh biarkan dia mati macam itu. Itu bukan salahnya. Itu bertentangan, imej dan perbuatan bertentangan atau apa-apa saja berbanding dengan saudara-mara yang merupakan ahli sihir yang sangat jahat. Masih ingat orang yang cuba membunuh saya dengan sihir beberapa tahun yang lalu? Itu orang yang sama. Selepas itu, kami cuba menghapuskan keupayaan sihirnya tetapi ini ambil masa yang panjang kerana ia libatkan begitu banyak orang yang lain, lebih banyak ahli sihir yang berkuasa di alam ghaib dan alam sihir serta orang-orang hidup yang terlibat dalam keluarga itu dan sebagainya. Jadi saya banyak menderita beberapa tahun belakangan ini, disebabkan oleh serangan ganas mereka. Sekarang dah selesai. Saya begitu bersyukur kepada TUHAN Yang Maha Berkuasa kerana bantu saya tepat pada masanya. Aku benar-benar berharap dan berdoa kepada TUHAN, Bapa pengasihku agar aku dapat bekerja untuk Engkau dengan lebih lancar, lebih tenang dan menyiapkan kerja sebelum aku meninggal dunia. Maksud saya, meninggalkan tempoh masa, tempat dan ruang peralihan ini, maksud saya, planet ini. Saya masih belum… pulih sepenuhnya di sini tetapi saya baik-baik saja. Jangan risau. Saya hanya menceritakan beberapa kisah hidup saya kalau-kalau ia menarik bagi anda tahu. Mungkin begitu, tapi saya tak apa-apa. Saya juga merupakan Raja Pemutar Roda Dharma, jadi saya takkan apa-apa. Photo Caption: “Kita Boleh Gembira Bersama, di Mana-mana SUDUT KEAMANAN”











