Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kasih Sayang ialah Cahaya Mata Arah Hati Manusia Sejati, Bahagian 5 daripada 9

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Intuisi ini juga diperlukan supaya Syurga dapat berhubung dgn kamu Ini seperti saluran untuk perlindungan atau mesej. Meskipun kadangkala malaikat nak beritahu kamu sesuatu, namun kamu disekat disebabkan oleh arak dan dadah, jadi saluran ini disekat. Meskipun saluran ini tak disekat, kamu tak faham sama sekali apa yang dikatakan oleh mereka. Intuisi kamu tidak memahaminya.

Semua orang beritahu kamu, “Arak buruk kepada kamu, jangan minum.” Itu kamu tahu. Kerana kamu mabuk. Kamu merosakkan saraf, otak kamu. Jika kamu dah lebih tua, tisu otak yang telah rosak itu tidak bertumbuh semula. Kamu tahu akan itu. Semua orang tahu, atau tidak? Jika kamu membuat kajian, kamu akan tahu.

Bodohnya sesetengah orang. Mereka masih muda dan berkata mereka minum sekarang kerana tisu otak masih boleh bertumbuh semula. Saya beritahu mereka apabila nampaknya. Saya beritahu mereka. Saya nampak beberapa daripada mereka di bar atau sesuatu. Saya kata, “Tunggu sampai otak kamu bertumbuh semula, kamu sudah ketagih dan tak dapat berubah lagi. Kamu jatuh melalui lubang, turun ke bawah, sentiasanya.” Kerana dia berfikir dia masih muda, boleh minum sekarang, nikmatinya, kemudian akan berhenti kemudiannya apabila dah lebih tua, waktu tisu otak tak berpeluang utk membaharui diri lagi. Tetapi sampai waktu itu, dia dah ketagih. Semua orang faham, kan? (Ya.) Rokok, arak, dadah, kamu ketagih sepanjang hidup dan sentiasa menjadi lebih teruk. Lagi banyak kamu minum arak lagi banyak kamu mahukannya. Lagi banyak kamu mengambil dadah lagi banyak kamu idamkannya. Lagi banyak kamu merokok lagi kurang kamu dapat hentikannya.

Jadi banyak anak muda terperdaya dan terjerumus ke dalam situasi ini. Tapi seperti yg saya dah kata sebelumnya, orang idamkan kasih sayang. Disebabkan oleh kekurangan kasih sayang di dalam dan di luar diri mereka, di dalam dan di luar diri mereka, manusia buat banyak perbuatan yg salah. Anak muda hari ini tiada bimbingan baik yang mencukupi, tiada contoh baik yang mencukupi daripada orang dewasa untuk diikuti dan meneguhkan diri dalam kelakuan yang baik, amalan yang baik atau pengetahuan yang baik.

Sekarang saya nak beritahu kamu satu lagi perkara tentang arak. 0Arak bukan sahaja merosakkan tisu otak kamu, bukan sahaja merosakkan jantung atau salur darah kamu, fungsi badan kamu secara amnya, bukan itu saja. Tekalah apa lagi yg boleh arak rosakkan? Beritahulah saya. (Kelakuan sosial.) Kelakuan sosial. Keluarga? Keluarga. Lebih kuat sikit. (Roh.) Roh? (Spiritual.) Spiritual? Apa Spiritual? (Cahaya Spiritual.) Talian spiritual? (Hubungan kita dengan Tuhan, Guru.) Apa? (Hubungan kita.) Hubungan? (Hubungan dalaman kita dengan Tuhan.) Itu juga. Tetapi jika kamu dah terencat dengan sesuatu cara, segalanya yang lain turut serta dan jatuh bersama kamu. Kamu tak memikirkan amalan spiritual lagi.

Tetapi yang paling ketara, senang dan rendah yang boleh dirosakkannya dalam dirimu, selain badan, ialah kuasa psikik kamu. Jika kamu ada kuasa psikik sebelumnya, contohnya, jika kamu dapat mengetahui masa lalu, masa sekarang, dapat lihat sesuatu dalam diri orang, dapat baca fikiran mereka atau sesuatu macam itu, atau dapat agak sama ada orang itu akan mencederakan kamu atau tidak, ia akan dihancurkan. Kamu takkan dapat rasai itu lagi jika terus minum arak. Kuasa psikik kamu akan dihancurkan, dirosakkan, dirampas daripada kamu. Jadi intuisi kamu akan dibutakan. Ini seperti orang yang ada mata, dengan perlahan-lahan atau cepat matanya dirampas. Sama ada dengan beransur-ansur atau serta-merta, ini bergantung kepada sudah pun berapa lemah matanya.

Jadi jika kamu tiada kuasa psikik yang besar, maka dengan serta-merta kamu tiadanya. Kamu ada sangat sedikit, maka ia akan terus diputuskan pada saat pertama bibir kamu sentuh arak. Jika kamu ada banyak kuasa psikik disebabkan oleh amalan sebelumnya, atau kamu dilahirkan dari peringkat yang lebih tinggi sikit sebelum dunia ini, maka ia akan dirampas juga, sebahagian atau sepenuhnya, bergantung kepada berapa banyak kamu minum.

Banyak Guru tidak menjelaskan ini kepada kamu. Semua orang hanya mengulang sesama mereka, berkata, “Arak buruk untuk kamu. Membazirkan wang kamu, merosakkan badan kamu, menghancurkan daya fikir kamu, tisu rosak dan sebagainya, dan kelakuan sosial, hubungan yg tidak baik dari segi rohani.” Tetapi ini hanyalah penjelasan yang sangat kabur. Dah tentu, jika kamu minum arak, sesiapa pun tahu bahawa ini tidak sesuai dengan amalan spiritual. Maka senang untuk mengagakkan itu tetapi ia memang rosakkan banyak lagi.

Kuasa psikik, kamu perlukan! Kamu perlukannya! Intuisi kamu ialah pelindung kamu. Ia akan beritahu kamu bahaya mendatang walaupun kamu tak tahu pun mengapa kamu tiba-tiba tak nak memandu ke sana, atau tiba-tiba kamu nak memeriksa paip ekzos kereta.0Tiba-tiba kamu nak memeriksa brek walaupun kamu baru membaikinya. Tiba-tiba kamu tak nak bercakap dengan orang itu lagi.0Tiba-tiba kamu tak nak hubungi orang ini dan itu. Ini ialah intuisi kamu, suara intuisi kamu membimbing kamu dalam kehidupan. Terutamanya selepas inisiasi dan mematuhi Lima Rukun, intuisi kamu sentiasa menjadi semakin tajam untuk melindungi kamu.

Intuisi ini juga diperlukan supaya Syurga dapat berhubung dgn kamu Ini seperti saluran untuk perlindungan atau mesej. Meskipun kadangkala malaikat nak beritahu kamu sesuatu, namun kamu disekat disebabkan oleh arak dan dadah, jadi saluran ini disekat. Meskipun saluran ini tak disekat, kamu tak faham sama sekali apa yang dikatakan oleh mereka. Intuisi kamu tidak memahaminya. Saya sendiri pun, kadangkala Syurga berikan mesej kepada saya, saya perlu mengambil masa, berdiam dan meninjaunya, ‘e-mel’ itu. Tetapi ini kerana saya ada kuasa psikik. Jika itu rosak, saya tak dapat.

Saya pasti, banyak Guru pada masa dahulu dibunuh atau diseksa, termasuk saya sendiri dalam hayat lampau kerana Mereka tiada kuasa psikik yang mencukupi, tiada kuasa intuitif yang mencukupi untuk berhubung dengan Syurga, untuk dengar amaran Mereka, untuk dengar, menerima mesej atau amaran. Banyak kali, saya tidak dan mendapat susah. Banyak kali saya tak sempat meninjau mesejnya. Saya mendapat susah. Nasib baik banyak kali itu tak begitu mengancam nyawa. Jika tidak, saya takkan duduk di sini. Jadi meskipun kita ada kuasa psikik… Sebelumnya saya dapat berhubung dengan Syurga. Saya tahu akan sesuatu tetapi tak tahu pun siapa berikannya kepada saya.

Sekarang ini, saya tahu Dewata mana dari kawasan mana di (Alam Semesta) Asal dan ke atas berikan mesej itu kepada saya, jadi saya tanya Dewata itu secara langsung Itu lebih baik daripada sendiri meninjaunya. Tetapi begitu pun, kadangkala disebabkan oleh karma, bukan karma saya, karma orang lain, ia malah mengaburkannya dan saya mengambil masa yang memang panjang untuk berhubung semula dengan Dewata ini bagi bertanya. Tetapi saya ada sumber maklumat lain jika saya tak dapat berhubung dengan Dewata yang lebih tinggi itu, maksud saya, dalam perjalanan saya pada masa itu, saya tak maksudkan Yang Tertinggi, belum lagi Tuhan Yang Maha Berkuasa, maksud saya, yang tertinggi yang dapat saya hubungi pada masa ini, di atas Ihôs Kih, maka saya boleh tanya Dewata yang ‘lebih rendah’, bukan lebih rendah tapi Dewata berlainan yang lebih berhubungan dengan alam saya, apabila saya boleh.

Tetapi sebelumnya, saya beritahu kamu, saya kehilangan 62% kuasa spiritual. Oh! Itu memang hampir seperti neraka, maklumlah. Saya tak dapat berhubung dgn sesiapa pun Tak dapat, Dewata yang ‘lebih rendah’ pun tidak. Saya hubungi Alam Bayang. Mereka tak dapat dengar kata-kata saya kerana mereka terlalu rendah. Saya terlalu tinggi tetapi terlalu rendah bagi Dewata yg lebih tinggi. Oh, itu memang banyak menderita! Banyak kejadian berlaku, seperti orang malah menyelinap masuk ke rumah persendirian saya di Hsihu, banyak kali. Saya dah beritahu kamu. Nasib baik, saya sentiasa berjaga-jaga dan memanggil orang menaik ke atas sana dan mereka tinggalkan sana sebelum itu.

Hsihu – senang untuk bersembunyi, begitu banyak pokok, semak dan sudut. Sebelumnya, seorang anjing – yang paling kecil dan yang menimbulkan kesusahan itu? Dia selalu keluar dan bersembunyi di dalam semak. Hanya dia yang pergi dari situ. Wau! Semua kakitangan pejabat – lelaki, wanita pergi cari dia. Tak dapat lihat dia sehingga salah seorang penjaga yang dulu pernah bersamanya ternampak daun kecil yang bergerak di salah satu semak. Dia tahu, “Itu dia,” kerana daun lain di sekeliling tak bergerak.

Hanya sudut kecil itu, daun bergerak dan tidak berangin. Jadi dia masuk ke dalam sana dan bawanya keluar. Tetapi susah juga. Kami pergi bercakap dengannya untuk masa yang panjang bagi memujuknya supaya keluar, berikan makanan enak kepadanya, janjikan tulang vegan yang enak dan sebagainya, beritahunya perkara manis. Kadangkala ambil masa setengah jam, kemudian dia keluar menggoyangkan ekor sikit, menjilat jari kaki atau tangan kita, kemudian, woop, dengan serta-merta, kita perlu segera bawa dia. Jika tidak, dia berbaik-baik, kemudian masuk ke dalam semula, bersembunyi lagi. Kita perlu sangat cepat kerana dia sangat cepat.

Dia telah lari sepanjang hidupnya, tiga tahun semasa membesar, jadi lari dgn lebih pantas drpd sesiapa pun. Saya pasti dia boleh menangi maraton, lebih daripada mana-mana juara manusia hingga kini. Jika Olimpik benarkan orang-anjing berlari dalam maraton, saya akan biarnya menang. Saya rasa dia akan menang tiga pingat emas, bukan satu saja kerana tiada sesiapa yang pernah lari dengan begitu pantas dalam sejarah Olimpik kita, saya pasti.

(Mengapa dia melarikan diri? Apakah sebabnya?) Apakah sebabnya? (Mengapa dia melarikan diri?)

Dia takut pada manusia. Dia kehilangan semua kawan dan ibu bapanya kerana orang bunuh mereka. Ibunya beritahu dia, “Jangan percayai mana-mana manusia.” Jadi dia sentiasa melarikan diri dari manusia. Sekarang dia tidak tetapi jika kita biarkan mereka keluar, kadangkala dia cuba bersembunyi. Tetapi dia keluar sekarang, lebih baik daripada sebelumnya. Sebelumnya dia tidak keluar. Kita tak tahu dia di mana. Sebab itu saya memagari seluruh kawasan. Dia takut pada manusia. Kita begitu jahat. Kita begitu menakutkan, menggerunkan terhadap semua makhluk, bukan hanya orang-anjing kecil itu saja. Wau, dia begitu cepat dan lincah! Meskipun kita tangkapnya semula, dia dapat melarikan diri dari kita.

Sebelumnya, si ibu yang saya angkat itu lari dengan begitu pantas juga. Pagar setinggi dua meter pun, dia letak kaki pada lubang di antaranya dan melompat keluar dengan cepat. Ambil masa yg panjang utk tangkap dia. Lepas itu, dia sendiri masuk, mengetuk pintu saya. Saya dah beritahu kamu. Tetapi yang ini lebih tua. Si ibu itu berusia satu tahun saja tetapi yang ini berusia tiga tahun tapi kelihatan seperti anak anjing. Saya ingat dia salah satu daripada kumpulan anak anjing itu.

Jadi sangat sukar untuk tangkap dia juga dan saya perlu bayar 30,000 Baht Thai sebagai ganjaran. Akhirnya, mereka dapat tangkap dia apabila dia dah hampir mati. Dia alami demam panas dan tidak muncul selama dua, tiga hari, tak makan apa-apa pun, tak minum apa-apa pun. Hari itu, dia keluar, jadi berlari masuk ke dalam perangkap, barangkali lapar atau dahaga disebabkan oleh demam. Jadi dia masuk ke dalam sangkar besar yg mereka bina untuknya sbg perangkap. Jadi mereka tangkapnya, kemudian saya suruh mereka jaganya sehingga saya hantar pemandu. Apabila pemandu datang, dia dah sangat lemah dengan demam panas. Jadi kami terus memanggil doktor kecemasan. Doktor sama yang telah merawat semua orang-anjing saya, semua orang-anjing yang diangkat. Dia berikan ubat kepadanya dan sebagainya, buat sementara waktu.

Photo Caption: MEMBESAR SEPERTI JELITAWAN ZAMAN DAHULU.

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (5/9)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2023-06-06
9371 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2023-06-07
7288 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2023-06-08
6858 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2023-06-09
7311 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2023-06-10
6841 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2023-06-11
5468 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2023-06-12
5790 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2023-06-13
5445 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2023-06-14
5391 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-16
1597 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-15
1167 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-15
868 Tontonan
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-11-15
2311 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-11-15
1989 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-11-14
914 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun