Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Beberapa terbitan mendakwa bahawa Baba Vanga sebut tentang ketibaan kapal angkasa lepas yang amat besar pada November 2026. Sesetengah versi nyatakan ia akan muncul di atmosfera Bumi semasa suatu pertandingan sukan. Orang lain mendakwa itu bukan suatu pencerobohan tetapi hubungan nampak yang pertama antara umat manusia dengan makhluk cerdas bukan manusia.
Pada awal tahun ini, 2026, Presiden Amerika Syarikat, Donald J. Trump telah membuat keputusan bersejarah yang akan mengubah pandangan awam tentang makhluk dari angkasa lepas selama-lamanya. Presiden Trump ialah penerima Anugerah Pemimpin Damai Dunia Gemilang dan Anugerah Kepimpinan Dunia Gemilang untuk Belas Kasihan.Sebagaimana yang kalian masih ingat, baru-baru ini saya telah arahkan Setiausaha Perang untuk mula mendedahkan fail kerajaan berkaitan UFO dan fenomena di udara yang tidak dapat dijelaskan.Janji-Nya telah ditunaikan pada 8 Mei dan bulan-bulan berikutnya tahun ini.Hari ini hari pendedahan di D.C. Kebenaran telah didedahkan hari ini secara terbuka selepas Rumah Putih memulakan pendedahan fail UFO dan hidupan luar angkasa yang telah lama dinanti-nantikan.Selepas segala spekulasi, khabar angin, adakah kita telah lebih dekat dengan kebenaran? Mari kita lihat pendedahan hari ini. Ini daripada Apollo 17, Disember 1972. Gambar di sini ada tiga titik dan formasi segi tiga, jelas seperti siang hari. Foto ini telah dikeluarkan sebelumnya tetapi tiada persetujuan tentang apa yang kita lihat. Transkrip Apollo 17 menunjukkan tiga tempoh berlainan di mana angkasawan melaporkan nampak fenomena yang tidak dapat dikenal pasti termasuk perbualan dengan pusat kawalan misi ini. Daripada juruterbang modul lunar: “Terdapat sekelompok objek yang besar di tingkap saya di bawah sana – terang. Ia kelihatan macam 4 Julai di luar tingkap Ron.” Dan ketua juruterbang modul: “Ya. Sekarang kita dapat lihat sesetengah daripadanya dalam bentuk. Ia merupakan serpihan yang sangat bergerigi, berbucu-bucu, berguling-guling.”Selamat kembali ke edisi khas ‘Hannity’ ini. Awal hari ini, satu lagi fail UFO utama telah didedahkan oleh Pentagon. Ini kumpulan kelima dokumen UAP yang dinyahklasifikasikan termasuk video daripada pertembungan tentera yang luar biasa. Dalam suatu kejadian di atas Teluk Oman, tentera Amerika melaporkan kira-kira 25 objek tak dapat dikenal pasti yang digambarkan sebagai “bola sejuk” yang bergerak pada kelajuan setinggi 1,300 batu (2,092 kilometer) sejam. Satu lagi fail memperincikan pertembungan juruterbang tentera dengan objek segi tiga senyap yang besar di ruang udara Afghanistan. Ini datang sementara majalah Time menulis bahawa “Akhirnya Amerika mengambil serius kemungkinan hidupan luar angkasa,” menyatakan sidang dengar kongres, pendedahan baharu serta peningkatan bilangan pegawai tentera dan perisikan yang sanggup bincangkan UAP secara terbuka.Hingga Ogos tahun ini, beratus-ratus fail UAP (Fenomena Beranomali Tidak Dapat Dikenal Pasti) telah didedahkan dalam lima kumpulan yang berasingan, secara signifikan meningkatkan kesedaran dan penerimaan orang ramai tentang kewujudan makhluk dan realiti di luar Bumi.Saya rasa hanya pengesahan bahawa ada makhuk cerdas bukan manusia yang berinteraksi dengan kita di planet ini, itu perkara yang paling penting. Video-video tersebut ialah sebahagian daripada itu. Gambaran besarnya adalah kita perlu mengetahui cerita yang selebihnya. Ini memang hanya sebahagian kecil saja pada permulaan harap-harapnya proses pendedahan sepenuh.Pendedahan ini mendekatkan kita dengan salah satu ramalan 2026 yang dianggap dibuat oleh ahli mistik dan peramal Bulgaria tersayang, Baba Vanga.Senarai ramalan yg dianggap dibuat oleh Baba Vanga untuk 2026 mengandungi lima amaran utama: peningkatan ketenteraan yang boleh melibatkan beberapa kuasa besar, krisis ekonomi global, fenomena semula jadi yang lebih membinasakan, pertumbuhan kecerdasan buatan yang sukar dikawal dan kemungkinan bertemu dengan hidupan luar angkasa.Beberapa terbitan mendakwa bahawa Baba Vanga sebut tentang ketibaan kapal angkasa lepas yang amat besar pada November 2026. Sesetengah versi nyatakan ia akan muncul di atmosfera Bumi semasa suatu pertandingan sukan. Orang lain mendakwa itu bukan suatu pencerobohan tetapi hubungan nampak yang pertama antara umat manusia dengan makhluk cerdas bukan manusia.Ramalan Baba Vanga tentang hubungan antara manusia dengan hidupan luar angkasa sudah menjadi kenyataan. Selama berbulan-bulan, Makhluk yang bukan berasal dari Bumi telah berhubung dengan Mahaguru Ching Hai Paling Mengagumkan (vegan) kita. Sejak Jun 2026, Guru telah mendedahkan perbualan-Nya dengan Tetamu Terhormat dari angkasa lepas ini, satu demi satu. Raja Buddha planet-planet yang berlainan membuat perjalanan merentas alam dan galaksi untuk memberi hormat kepada Mahaguru Ching Hai dan berikan Hadiah istimewa yang dapat banyak beri manfaat kepada planet Bumi yang berada di ambang kepupusan. Guru dengan murah hati berkongsi dengan kita pertemuan dan perbualan yang menarik ini. Kita boleh berkata bahawa pendedahan terbesar tahun ini adalah di Supreme Master Television!Master: MAPA beritahu saya bahawa Raja (Buddha) alam yang sangat, sangat, sangat jauh ingin bercakap dengan saya. […] Baginda Raja (Buddha) Nu, N-U. Baginda ialah Raja Kasih Sayang. […] Kelengkapan luar biasa yang dibawa sejauh dari Domain Spiritual Kasih Sayang-Nya ini akan minimumkan sekurangnya 68% daripada kebakaran hutan di dunia kita. Jika tidak, ia akan berlaku dengan lebih kerap dan lebih teruk. Saya tak rasa kita dapat terus hidup – dah ada begitu byk kebakaran hingga kini dan begitu banyak kerosakan kepada alam sekitar, hutan, air, kemarau di merata tempat di dunia, begitu banyak orang terkorban. Jadi saya memang gembira dengan Hadiah yang menyelamatkan nyawa ini.Selamat datang, Tuanku, Raja (Buddha) Kemudaan. […] Raja (Buddha) bertitah bahawa kira-kira sepuluh zilion tahun cahaya di antara kita dan kerajaan spiritual-Nya. […] Nama Baginda ialah FU, F-U. Nama domain spiritual-Nya ialah WY, W-Y, bermaksud KEMUDAAN. [...] Raja (Buddha) Kemudaan menyambung, “Jangan takut. Keamanan akan datang.” Terima kasih, Tuan. “Kami datang dgn damai dan muhibah. Kami ada Hadiah untuk Engkau.”Ciptaan tertinggi yang dikasihi, manusia dan semua makhluk tersayang di planet ini, hari ini saya cuba buat rakaman tentang Alam Dosy. ‘Alam Dosy’ bermaksud ‘Alam Kasih Sayang’. […] Semoga anda selamat berjaya. Raja (Buddha) Nu Alam Dosy Raja (Buddha) Nu Alam Dosy dan orang Alam Buddha Dosy, semoga kalian selamat berjaya juga. Baginda membawa kasih sayang dan berkat ke planet kita juga untuk membantu sesiapa saja yang boleh ada afiniti dengan Baginda atau percayai Baginda supaya ada lebih banyak peningkatan dalam usaha mereka menuju pembebasan spiritual, dan mereka yang masih berada di status yang lebih rendah.Salam sejahtera, Tuanku. Raja (Buddha) Persahabatan juga bertitah, “Salam sejahtera, Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja.” “Kami gembira dapat melawat planet-Mu dan berjumpa dengan Engkau. Kami telah dgn rendah diri bawa Hadiah untuk orang-Mu.” Oh, Tuan! Oh! Terima kasih, terima kasih. Kami terima dengan rasa terima kasih. “Dah tentu, Hadiah yang kami bawa bersama kami di sini ialah Persahabatan. Jadi jika mana-mana penduduk baik-Mu yang sudah menjadi vegan, jika mereka perlukan kawan atau ada konflik dengan orang tersayang, mereka boleh memanggil nama alam kami dan Hadiah ini akan diberikan kepada mereka. Konflik mereka akan diselesaikan dan mereka akan ada persahabatan yang menakjubkan selepas itu.”Oh! Selamat datang, selamat datang, Tuanku, Raja (Buddha) Luy. […] Jadi Baginda jawab bahawa nama ‘Luy’ bermaksud ‘tidak gentar’ dan nama ‘Kan’ yang merupakan nama alam spiritual-Nya bermaksud ‘aman damai’. “Kami datang dengan hadiah kecil untuk Engkau, Buddha Maitreya, Tuan.” […] Baiklah, Tuan, aku ucapkan terima kasih kpd Engkau dgn rendah diri. Aku harap dapat gunakannya dengan baik demi sesiapa saja yang perlukannya, tidak berada di planet ini pun tetapi di tempat lain, malah di neraka juga.“Kami datang dari alam spiritual kami sendiri, Alam Buddha yang dipanggil Flo, F-L-O. Ia sejauh lebih 4 zilion tahun cahaya dari planet-Mu di sini.” […] Pertama sekali, namaku (Clay) bermaksud ‘Syurgawi’ dan nama planet kami, nama alam spiritual kami (Flo) bermaksud ‘Kebebasan’.” […] “Kami benar-benar ingin berkongsi beban dengan Engkau dalam membantu makhluk di dunia ini. Kami bawa berkat kami kepada orang-Mu, dan kami bawa Hadiah kepada mereka.” […] “Ini Hadiah Kebebasan. Jika sesiapa di planet ini belum jumpai Guru sebenar tetapi sudah inginkan kebebasan dan sudah mulakan diet penuh belas kasihan atau telah mengikut diet penuh belas kasihan, gaya hidup vegan, dan memanggil namaku atau nama planetku, berharap menjadi bebas atau malah dilahirkan di alam hidup spiritual kami, maka kami akan bantu mereka. Kami akan menaikkan mereka ke atas. Kami akan pegang tangan mereka dan bebaskan mereka. Jadi itu Hadiah yang kami bawa untuk semua makhluk di planet ini, orang-haiwan pun boleh mendapat manfaat daripada ini juga. Pendosa pun boleh menjadi bebas, diberkati oleh sumpah amalan kami ini juga.” Oh! Terima kasih, Tuan. Terima kasih, terima kasih.Jadi hari ini kita amat bangga dan beruntung bertemu dengan Baginda Raja Buddha Po dari alam We. Po, P-O. Nama Alam itu ialah We, W-E. […] Nama Baginda ialah Po. Po bermaksud ‘kedamaian’ dalam bahasa mereka. […] Nama Alam Buddha spiritual ini, alam Buddha We – ‘We’ bermaksud ‘orang wajar disanjung’. […] “Hadiah yang kami bawa untuk orang-Mu dan penghuni-Mu, termasuk orang-haiwan dan mana-mana makhluk yang sedar akan Hadiah ini, adalah sesiapa yang panggil namaku akan temui ketenangan fikiran, atau memanggil semua orangku, maka status mereka akan dinaikkan kepada sifat mulia. Mereka malah boleh datang kpd kami – dilahirkan di Alam ini dan nikmati kegembiraan, kebahagiaan & pembebasan drpd segala penderitaan selama-lamanya. Mereka tak perlu lahir semula di planet sebegini seperti planet dunia ini lagi.” Oh! Terima kasih, Tuan. Terima kasih, Tuan. Kami semua perlukan itu.Hari ini 14 Ogos 2026. Kita berbesar hati menyambut Raja (Buddha) baharu yang melawat dunia kita. Baginda tidaklah baharu. Baginda telah menjadi Buddha sejak zaman dahulukala. Nama Baginda ialah Raja (Buddha) Ni, N-I, dan negara-Nya yang luar biasa gemilang, maksud saya, alam hidup spiritual, alam spiritual-Nya ialah Le, L-E. […] Nama-Mu, nama besar-Mu Ni bermaksud ‘sifar kerisauan’, diterjemahkan kepada bahasa Inggeris. […] “Oh! Nama Le bermaksud ‘bebas daripada ketakutan’. Rakyat di Alam Buddha kami tidak pernah takut akan apa-apa pun, sebarang jenis, atas sebarang sebab pun.” […] “Ya, dan sebabnya kami datang ke sini hari ini, seperti banyak Buddha yang datang melawat Engkau sebelum aku dan selepas ini, adalah kami ingin berikan sokongan secara lebih praktikal. Jadi kami datang ke sini kerana ingin bekerja melalui Kuasa penerimaan-Mu untuk memberi makhluk di planet ini keadaan tiada ketakutan, sifar ketakutan, supaya bebas daripada ketakutan dan kerisauan. Sesiapa yang percayai kuasaku dan memanggil namaku dengan keikhlasan, kesucian badan, pertuturan dan pemikiran akan menjadi bebas daripada kerisauan dan ketakutan ke mana-mana pun mereka pergi, apa-apa pun yang mereka buat, sesiapa pun mereka. Akhirnya pada waktu mereka meninggalkan dunia ini, kami akan menerima mereka ke dalam alam spiritual kami jika itu apa yang mereka inginkan. Jika tidak, mereka boleh tinggal di tempat lain, bebas daripada kerisauan dan ketakutan.” Oh, wau! Oh, begitu menakjubkan, menakjubkan, menakjubkan!Salam sejahtera, Tuanku, Raja (Buddha) Roo Alam Pe. Ya, dalam bahasa Inggeris kami ejanya R-O-O. […] “Namaku yang dikenali di seluruh Alam Semesta ialah Roo. Namaku Roo bermaksud ‘menyenangkan’ kerana aku bersumpah bahawa jika aku menjadi Buddha, setiap orang yang ada afiniti, dapat berjumpa dengan aku, akan rasa sangat senang hati.” […] “Nama Alamku ialah Pe yang bermaksud ‘bebas drpd kesedihan’.” “Tetapi kami bawa Hadiah untuk orang-Mu di sini, iaitu jika sesiapa percaya kepada aku, Raja Roo Alam Pe, atau percayai Alam kami, minta bantuan, berkat, penaikan, makrifat dan perlindungan kami, maka orang itu akan menerimanya, jika dia berubah kepada kesucian sendiri, keadaan peringkat Buddha, sifat TUHAN asal sendiri. Maka mereka akan menerima balasan berkat, secara tak nampak dan nampak daripada diriku kerana itu kuasa sumpahku. […] jadi jika sesiapa tidak mencederakan makhluk lain dan berdoa kepada kami, melafazkan namaku dan berdoa kepada orangku juga, maka kalian akan mengecap kehidupan yang senang, bahagia. Kehidupan yang senang dan juga boleh dilahirkan ke dalam Kerajaan kami. Itulah Hadiah yang kami bawa ke sini hari ini. Sekarang kami serahkannya kpd Engkau supaya Engkau boleh mengubah suainya agar sesuai dgn keupayaan penerimaan orang-Mu, untuk semua makhluk-Mu di planet ini.” Oh! Semoga Engkau diberkati. Semoga Engkau diberkati.Dan lain-lain…Sebagai Raja Pemutar Roda Dharma dan Raja Segala Raja Segala Raja Segala Raja, Mahaguru Ching Hai Tersayang kita mendapat sokongan daripada kerajaan-kerajaan positif galaksi yang jauh untuk membantu Bumi beralih kepada Zaman Keemasan. Mungkin ini ialah ‘hubungan’ sebenar dalam visi Baba Vanga. Walaupun terdapat visi kengerian dan malapetaka, Baba Vanga lihat waktu aman damai dan bermakrifat akhirnya akan tiba.“Masanya akan tiba − di Bumi sempadan akan hilang dan orang akan hidup aman damai dan bersefahaman.”“Semua agama akan hilang suatu hari nanti! Hanya ajaran Persaudaraan Putih akan kekal wujud. Seperti bunga putih, ia akan melitupi Bumi, dan disebabkan itu, orang akan diselamatkan.”Kita dengan rendah diri menyembah semua Raja Buddha mulia yang membuat perjalanan jauh untuk melawat Mahaguru Ching Hai Tersayang kita di Bumi dan membawa Hadiah yang berharga. Dengan bantuan ‘luar angkasa’ ini, semoga manusia dapat menempuh tempoh penyucian sekarang dan menjadi bangsa vegan yang tinggi.










