Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Ramalan Bahagian 388 – Bangkitkan Kasih Sayang Sebenar dengan Penyelamat untuk Hilangkan Malapetaka

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

“Kita akan dapat menyaksikan dan mendengar peristiwa – upacara pelantikan Presiden, permainan sukan bersiri dunia, kemusnahan gempa bumi atau kegerunan pertempuran – seolah-olah kita hadir.”

Nikola Tesla (vegetarian) bukan sahaja seorang pencipta genius yang luar biasa tetapi juga seorang peramal yang buat beberapa ramalan yang luar biasa tentang masa depan, banyak daripadanya telah menjadi kenyataan atau sedang giat diusahakan.

Seorang vegetarian, Tesla mempunyai pemahaman yang mendalam tentang kesalinghubungan manusia, orang-haiwan dan alam semula jadi. Oleh itu, sharusnya tidak mengejutkan mendapat tahu bahawa beliau seorang pencinta orang-haiwan. Pada usia lanjutnya di Bandaraya New York, beliau mempunyai tabiat memberi makan kepada beribu-ribu orang-merpati, selalunya semasa berjalan-jalan pada tengah malam di sekitar Taman Bryant, Perpustakaan Awam New York dan Katedral St. Patrick. Beliau begitu berdedikasi sehingga apabila suatu kemalangan jalan raya buatnya tidak dapat memberi makan pun, beliau tetap mengupah seseorang untuk meneruskan pemberian makan harian selama enam bulan.

Juga disebabkan oleh banyak rakan burungnya, Tesla terpaksa berpindah banyak kali dan akhirnya menetap di Hotel New Yorker. Penulis biografinya, John J. O’Neill, gambarkan dengan jelas suatu pemandangan yang disaksikannya apabila dia mendapati Tesla tidak menghadiri upacara berprestij untuk beri hormat kepadanya tetapi berdiri di tengah-tengah rakan burungnya.

“Di tengah-tengah lingkungan pemerhati yang besar, nipis berdirinya susuk tubuh Tesla yang segak, memakai mahkota dua ekor merpati di atas kepalanya. Bahu dan lengannya dihiasi dengan sedozen lagi. Badan putih atau biru pucat mereka membuat kontras yang ketara dengan sut hitam dan rambut hitamnya, pada waktu senja pun. Di setiap belah tangannya yang dihulurkan ada satu lagi burung sementara beratus-ratus lagi kelihatan macam membuat permaidani hidup di atas tanah di depannya, melompat ke sana sini dan mematuk biji burung yang ditaburkannya.”

Ada dikatakan bahawa Nikola Tesla ialah ilham ‘wanita merpati Central Park’ dalam filem 1992 ‘Beseorangan di Rumah 2: Sesat in New York’. Tesla sangat mengambil berat tentang orang-merpati dan menjalin ikatan istimewa dengan satunya secara khusus. Tesla bercakap tentang ikatan ini semasa berbual-bual dengan O’Neill.

“Tetapi ada seekor merpati, seekor burung yang cantik, putih melepak dengan hujung kelabu muda pada sayapnya. Yang itu berbeza. Dia burung betina. Saya tahu akan merpati itu di mana-mana pun.”

“Tidak kira di mana pun saya berada, merpati itu cari saya. Apabila saya mahukan dia, saya hanya berhasrat dan memanggil dia, dia akan terbang datang kepada saya. Dia memahami saya dan saya memahami dia.” “Saya kasihi merpati itu.” “Ya,” jawabnya kepada soalan yang tidak ditanya. “Ya, saya kasihi merpati itu. Saya kasihi dia seperti seorang lelaki kasihi seorang wanita, dan dia kasihi saya.” Apabila dia sakit, saya tahu dan faham. Dia datang ke bilik saya dan saya berada di sisinya selama berhari-hari. Saya menjaganya sehingga pulih kembali. Merpati itu ialah kegembiraan dalam hidup saya. Jika dia perlukan saya, tiada apa-apa yang lain adalah penting. Asalkan saya ada dia, ada tujuan dalam hidup saya.”

“Kemudian pada suatu malam ketika saya sedang baring di atas katil dlm kegelapan, menyelesaikan masalah, seperti biasa, dia terbang masuk melalui tingkap terbuka dan berdiri di atas meja saya. Saya tahu dia mahukan saya. Dia ingin beritahu saya sesuatu yang penting, jadi saya bangun dan pergi kepada dia.”

“Apabila saya lihat dia, saya tahu dia ingin beritahu saya bahawa dia akan meninggal. Kemudian apabila saya terima mesejnya, datangnya cahaya dari matanya – pancaran cahaya yang kuat.”

“Ya,” sambungnya, sekali lagi menjawab soalan yang tidak ditanya, “Itu cahaya sebenar, cahaya yang kuat, menyilaukan dan membutakan mata, cahaya yang lebih kuat daripada yang pernah saya hasilkan dengan lampu yang paling kuat di dalam makmal saya.”

“Apabila merpati itu meninggal, sesuatu hilang daripada hidup saya. Sehingga waktu itu, saya tahu dengan pasti bahawa saya akan menyiapkan kerja saya, tidak kira berapa bercita-cita tingginya program saya, tetapi apabila sesuatu itu hilang daripada hidup saya, saya tahu kerja hidup saya telah selesai.”

Mungkin orang-merpati itu ialah malaikat atau makhluk tinggi yang menyamar, datang ke Bumi dengan tugas untuk memberi Nikola Tesla sokongan spiritual yang tidak dapat ditemuinya dalam kalangan manusia. Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita telah dedahkan peranan rakan haiwan yang berada dekat dengan kita.

(Bagaimanakah dewa-dewa ini boleh muncul begitu seperti kita, seperti kita manusia? Adakah mereka meminjam rupa dan identiti orang yang sedia ada atau adakah mereka mencipta rupa sendiri?) Mereka boleh lakukan kedua-dua ini, boleh lakukan kedua-dua ini, bergantung kepada situasi, atau mereka boleh menjelma sebagai orang-haiwan untuk memimpin kamu apabila kamu tersesat atau menenangkan kamu dan berikan idea bernas kepada kamu melalui telepati. (Oh, wau!) Mereka tak perlu bercakap dengan kamu pun, atau sebagai manusia. Mereka boleh menjelma sebagai orang-burung, cengkerik atau malah lalat, rama-rama, hanya hinggap pada kamu atau duduk di sebelah kamu, kemudian tiba-tiba kamu mendapat idea untuk masalahmu, untuk masalahmu, (Oh, wau!) atau berikan berkat kepada kamu supaya kamu rasa lebih bersemangat, lebih sihat atau sembuh daripada penyakit, apa-apa saja. (Mereka boleh datang dari mana-mana peringkat?) Ya, ada beribu-ribu daripada mereka setiap hari dalam kehidupan kita di Bumi untuk bantu orang. (Wau!) Cuma kita tak tahu dan tidak berterima kasih kepada mereka, tetapi tanpa mereka, kita akan alami lebih banyak kekucar-kaciran.

Hati Nikola Tesla yang sensitif dan lembut terdedah melalui perbuatan penuh kasih sayang dan ikatannya dengan orang-merpati. Mungkin ini salah satu sifat yang diwarisinya daripada ibunya. Tesla menganggap ingatan eidetik, kreativiti dan kegeniusan inventifnya disebabkan oleh pengaruh dan bakat terwaris ibunya.

Ibunya, Đuka Mandić, walaupun tidak berpendidikan formal, adalah sangat inventif. Beliau mahir dalam membuat peralatan isi rumah dan peranti mekanikal serta miliki keupayaan yang luar biasa untuk menghafal puisi epik Serbia. Dalam bukunya ‘Ciptaan Saya: Autobiografi Nikola Tesla’, beliau gambarkan ibunya dengan kata-kata kagum ini:

“Ibu saya berasal daripada salah satu keluarga yang tertua di negara ini dan keturunan pencipta. Kedua-dua bapa dan datuknya mencipta banyak perkakas untuk kegunaan isi rumah, pertanian dan lain-lain. Beliau seorang wanita yg memang hebat, miliki kemahiran, keberanian dan ketabahan jarang yang mengharungi badai kehidupan dan menempuh banyak pengalaman yang mencabar. […]

Ibu saya seorang pencipta kelas satu dan akan, saya percaya, capai pencapaian tinggi jika beliau tidak begitu jauh daripada kehidupan moden dan banyak peluangnya. Beliau mencipta dan membina segala jenis alat dan peranti serta menenun reka bentuk terbaik daripada benang yang dipintalnya. Beliau malah sendiri menyemaikan benih, membesarkan pokok dan mengasingkan gentiannya. Beliau bekerja tanpa mengenal penat lelah dari subuh hingga lewat malam. Kebanyakan pakaian dan perabot di rumah ialah hasil kerja tangannya. Apabila beliau berusia lebih 60 tahun, jarinya masih cukup lincah untuk mengikat tiga simpulan pada sehelai bulu mata.

Nikola Tesla mengikut ajaran ibunya apabila beliau perlu membuat keputusan yang penting dalam hidup.

“Pada masa ini, seperti banyak kali yang lain pada masa lalu, fikiran saya beralih kepada ajaran ibu saya. Kurniaan daya mental datang daripada Tuhan Yang Maha Suci. Jika kita menumpukan fikiran kita pada kebenaran itu, kita menjadi selaras dengan kuasa besar ini. Ibu saya mengajar saya supaya mencari segala kebenaran dalam Bible. Oleh itu, saya baktikan masa beberapa bulan yang berikutnya untuk mengkaji kitab ini.”

Seorang peramal sejati, Nikola Tesla memahami pelbagai aplikasi dan implikasi teknologinya yang meluas dalam mengubah kehidupan orang dan landskap sosial.

Walaupun Philo Farnsworth diberi gelaran ‘Bapa Televisyen’, ciptaan Nikola Tesla meletakkan asas yang penting untuk pewujudannya, termasuk ‘Gelung Tesla’ yang menjana arus frekuensi tinggi, penghantaran tanpa wayar, tiub vakum dan lain-lain lagi. Tesla bayangkan bagaimana penyiaran moden, media penstriman dan liputan langsung peristiwa global akan membolehkan orang biasa segera memperoleh maklumat.

“Kita akan dapat menyaksikan dan mendengar peristiwa – upacara pelantikan Presiden, permainan sukan bersiri dunia, kemusnahan gempa bumi atau kegerunan pertempuran – seolah-olah kita hadir.”

Selain itu, beliau gambarkan suatu peranti komunikasi mudah alih kecil yang akan dibawa oleh orang ke sana sini di dalam kocek. Adakah beliau meramalkan telefon bimbit zaman kita?

“Kita akan dapat saling berkomunikasi dengan serta-merta tanpa mengira jarak. Bukan sahaja ini tetapi juga melalui televisyen dan telefoni kita akan saling melihat dan mendengar dengan jelas seolah-olah kita bersemuka walaupun jaraknya sejauh beribu-ribu batu. Peralatan yang dengannya kita dapat melakukan ini akan sangat mudah berbanding dengan telefon kita sekarang. Seseorang akan dapat bawanya di dalam kocek bajunya.”

Sementara kita telah merealisasikan beberapa idea dan ciptaan Tesla, kita masih belum dapat mengejar beliau dalam benda lain seperti mesin terbang komersial yang digerakkan oleh tenaga tanpa wayar.

“Apabila tenaga tanpa wayar dikomersialkan, pengangkutan dan transmisi akan direvolusikan. Gambar gerak akan dibawa melalui jarak tak terhad tanpa wayar. Mesin terbang akan digerakkan oleh tenaga yang sama. Kita akan dapat terbang dari New York ke Eropah dengan selamat sekali dalam masa beberapa jam saja. Kita akan dapat pergi ke mana-mana saja di dunia – ke gunung tertinggi, Artik, gurun, hutan – dan memasang peralatan kecil yang akan beri kita kepanasan untuk memasak dan cahaya untuk membaca. Kita akan dapat bawa peralatan ini di dalam beg galas yang lebih kecil daripada beg pakaian biasa.”

Nikola Tesla sedar sepenuhnya akan kesan teknologinya yang lebih mendalam dan lebih besar kepada cara manusia saling melihat dan berhubung.

“Hingga kini, individu dan negara tidak pernah dapat benar-benar berhimpun. Wayarles akan memungkinkan itu. Ia akan banyak menghapuskan sempadan antarabangsa dan mengharmonikan kepentingan negara yang berkonflik. Ia akan wujudkan persefahaman dan rasa simpati di mana sekarang salah faham dan antagonisme bermaharajalela.”

Selain menyatukan orang, Tesla meramalkan bahawa teknologi moden akan bantu menyebarkan pengetahuan dan makrifat serta menghapuskan kejahilan. Ini akan membawa kepada keamanan sebenar di Bumi. Beliau berkata:

“Tidak diragui bahawa semua rintangan geseran, rintangan yg paling banyak menghambat pergerakan manusia ialah kejahilan. Bukan tanpa sebabnya kata orang yang berkebijaksanaan itu, Buddha: ‘Kejahilan ialah kejahatan terbesar di dunia.’ Perselisihan yang terhasil daripada kejahilan dan banyak bertambah disebabkan banyak bahasa dan bangsa dapat dikurangkan hanya dengan penyebaran pengetahuan dan penyatuan unsur-unsur umat manusia yang berbagai-bagai.”

“Saya tiada keraguan bahawa ia akan terbukti sangat berkesan dalam memakrifatkan orang ramai khususnya di negara yang masih tidak bertamadun dan kawasan yg kurang dapat didatangi. Itu juga akan dari segi kebendaan meningkatkan keselamatan, keselesaan dan kemudahan umum serta pemeliharaan hubungan yang damai.”

“Apabila kita bercakap tentang manusia, kita ada konsepsi umat manusia secara keseluruhannya. Sebelum mengaplikasikan kaedah saintifik pada penyelidikan terhadap pergerakannya, kita mesti menerima ini sebagai suatu fakta fizikal. Tetapi bolehkah sesiapa meragui hari ini bahawa kesemua berjuta-juta individu, dan semua jenis dan sifat yang tidak terkira membentuk satu entiti, satu unit? Walaupun bebas berfikir dan bertindak, kita terikat bersama seperti bintang di cakerawala, dengan ikatan yg tidak dapat dipisahkan. [...] Tidakkah ini buktikan bahawa setiap daripada kita hanyalah sebahagian drpd seluruhnya?

Zaman-berzaman idea ini ditegaskan dalam ajaran agama yang benar-benar bijak, barangkali bukan sahaja sebagai suatu cara untuk memastikan kedamaian dan keharmonian dlm kalangan manusia tetapi juga sebagai suatu kebenaran yang berakar umbi. Penganut Buddha ungkapkannya dengan satu cara, penganut Kristian dengan cara lain tetapi kedua-duanya katakan yang sama: Kita semua satu entiti.”

Bagi Tesla, masa depan umat manusia bukan terletak pada blok atau perjanjian tetapi pada transformasi sosial dan spiritual tamadun yang dibantu oleh kemajuan teknologi yang akan membuat seluruh dunia jadi satu keluarga manusia tunggal yang berhubungan. Hanya di dunia sebegini, beliau percaya, peperangan akhirnya boleh berhenti menjadi tragedi manusia yang berulangan.

Memupuk persahabatan dan persefahaman dalam kalangan orang serta membawa Makrifat kepada orang ramai juga merupakan misi Supreme Master Television yang dilancarkan oleh Mahaguru Ching Hai Tersayang (vegan) kita.

Supreme Master Television menawarkan rancangan yang memaklumi orang ramai setiap hari tentang berita dunia yang penting, seni dan budaya pelbagai negara dan bangsa, ajaran spiritual agama-agama dan sistem-sistem kepercayaan yang berlainan, penemuan sains terkini, keadaan planet Bumi serta topik-topik lain. Semua rancangan ini ada sari kata sebanyak 26 bahasa dan ditawarkan secara percuma oleh Mahaguru Ching Hai kepada berbilion-bilion penonton. Supreme Master Television meliputi komuniti global dengan semangat persaudaraan sejati. Oleh itu, kita boleh berkata bahawa ia merealisasikan impian mulia Nikola Tesla dan gunakan teknologinya sebagaimana yang diingininya.

Rancangan TV kami meliputi segalanya termasuk agama Kristian, Taoisme dan agama Buddha supaya agama-agama boleh saling memahami dan berhenti bersaing, memuji agama sendiri dan mengkritik agama lain. Jika kita benar-benar habiskan masa untuk mengkaji, ajaran semua agama adalah serupa. (Guru berfikiran sangat terbuka.) Jadi kami berikan maklumat untuk orang faham dan kurangkan pertengkaran.

Memang, semua media harus buat apa yang kita buat! Itu apa yg sedang kita buat. Nampak tak? Sebab itulah saya asyik beritahu mereka bahawa mereka perlu cari lebih banyak rancangan penutur asli, ya? Sebab itulah kita ada begitu banyak sari kata. […]

Kamu perlu biar orang tahu akan negaramu. Faham? Itu bagaimana kita hapuskan peperangan. Itu bagaimana kita bawa keamanan. Orang perlu hormati dan sukai apa yang kamu ada di negaramu. Mereka perlu tahu akannya. Tidak terlalu banyak orang tahu akan tradisi dan kecantikan negara lain. […]

Sebab itulah saya asyik galakkan kamu semua supaya buat sesuatu. Kamu mesti menutur dalam bahasa ibundamu. Kamu mesti buat semua orang di dunia menjadi biasa dengan bahasa negaramu, kamu faham, supaya suatu hari nanti, mereka kebetulan dengarnya di sesuatu tempat, mereka tak nak berperang dengan bunyi itu kerana ia kedengaran tidak asing. Faham maskud saya? Orang hanya berlawan dengan orang tak dikenali atau sesuatu yang mereka tidak faham. Mereka tidak berlawan dengan apa yang mereka rasa tidak asing. […]

Kita ada wadah sekarang. Kita mesti lakukannya. Okey, faham maskud saya? Dunia mesti tahu bahawa kita ada jiran, pasti ada jiran, ya? […]

Kerana saya mahu semua orang memahami semua orang. Saya mahu semua negara mengenali semua negara, saling menghormati, saling menyayangi dan saling menganggap sebagai rakan setaraf dan penghuni bersama di planet ini. Okey? Tidak superior dan inferior, tidak! Tiada sesiapa pun yg begitu di planet ini. Kamu faham maskud saya? Ya, cuma berbeza, mungkin warna yang berbeza, mungkin bahasa yang berbeza tetapi tiada perbezaan dalam apa-apa yang lain.
Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (65/66)
1
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-11-10
12291 Tontonan
2
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-11-17
7161 Tontonan
3
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-11-24
6460 Tontonan
4
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-01
5894 Tontonan
5
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-08
7136 Tontonan
6
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-15
23439 Tontonan
7
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-22
6232 Tontonan
8
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2024-12-29
6073 Tontonan
9
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-05
5676 Tontonan
10
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-12
5406 Tontonan
11
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-19
6067 Tontonan
12
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-01-26
4999 Tontonan
13
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-02
4990 Tontonan
14
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-09
4834 Tontonan
15
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-16
7342 Tontonan
16
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-02-23
5645 Tontonan
17
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-02
6691 Tontonan
18
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-09
6553 Tontonan
19
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-16
4910 Tontonan
20
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-23
5351 Tontonan
21
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-03-30
5370 Tontonan
22
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-06
5450 Tontonan
23
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-13
4858 Tontonan
24
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-20
5321 Tontonan
25
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-04-27
4847 Tontonan
26
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-04
6680 Tontonan
27
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-11
4953 Tontonan
28
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-18
3982 Tontonan
29
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-05-25
4369 Tontonan
30
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-01
4323 Tontonan
31
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-08
4023 Tontonan
32
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-15
4882 Tontonan
33
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-22
4973 Tontonan
34
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-06-29
5567 Tontonan
35
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-07-06
5059 Tontonan
36
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-07-13
4446 Tontonan
37
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-07-20
4843 Tontonan
38
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-07-27
3900 Tontonan
39
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-03
4893 Tontonan
40
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-10
3599 Tontonan
41
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-17
3490 Tontonan
42
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-24
3431 Tontonan
43
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-08-31
3151 Tontonan
44
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-09-07
3384 Tontonan
45
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-09-14
2900 Tontonan
46
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-09-21
3033 Tontonan
47
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-09-28
3005 Tontonan
48
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-10-05
2660 Tontonan
49
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-10-12
3050 Tontonan
50
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-10-19
3560 Tontonan
51
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-10-26
3049 Tontonan
52
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-11-02
5983 Tontonan
53
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-11-09
3187 Tontonan
54
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-11-16
2938 Tontonan
55
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-11-23
3027 Tontonan
56
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-11-30
2754 Tontonan
57
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-12-07
2932 Tontonan
58
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-12-14
2848 Tontonan
59
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-12-21
2492 Tontonan
60
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2025-12-28
2409 Tontonan
61
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-01-04
2233 Tontonan
62
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-01-11
2262 Tontonan
63
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-01-18
2019 Tontonan
64
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-01-25
1697 Tontonan
65
Siri Ramalan Silam tentang Planet Kita
2026-02-01
1609 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-03
869 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-03
554 Tontonan
Jejak Budaya di Seluruh Dunia
2026-02-03
476 Tontonan
Veganisme: Cara Hidup Mulia
2026-02-03
459 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-02-03
1495 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-02-02
670 Tontonan
Planet Bumi: Kediaman Penyayang Kita
2026-02-02
598 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun