Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Baginda Raja Pu Alam Persahabatan, Bahagian 1 dari 3

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Hari ini 8 Ogos 2026. Saya masih di dalam khemah meditasi. Triniti beritahu saya, “Boleh Engkau bercakap dengan Raja Keamanan?” Tidak banyak harapkan apa-apa, saya kata, “Dah tentu, Tuanku, Raja Keamanan, apa yang boleh aku buat hari ini?” Jadi Raja Keamanan beritahu saya, “Boleh Engkau bercakap dengan Raja Persahabatan?” “Oh!” Hati saya penuh dengan kegembiraan. Saya kata, “Dah tentu. Tolonglah, tolonglah, tolong aturnya sekarang juga. Tolong aturnya sekarang juga.” Dan Baginda datang ini, Raja Persahabatan.

Salam sejahtera, Tuanku. Raja Persahabatan juga bertitah, “Salam sejahtera, Raja Segala Raja Segala Raja.” Tuan yang dikasihi, aku benar-benar mohon maaf kerana tak dapat bercakap dengan Engkau lebih awal walaupun hatiku ingin sekali berjumpa dan bertemu dengan Engkau. Terima kasih banyak-banyak kerana datang ke planet kami. Adakah Engkau secara fizikal tinggal di dunia kami sini juga? “Tidak, tidak. Kami dari jauh, sangat, sangat jauh.” Berapa jauh itu, Tuan? “Itu 5,003,006,000,462 tahun cahaya dari sini.” Oh, wau! Ya TUHAN! Aku rasa tiada orang di planet kami dapat bayangkan itu boleh berapa jauh. Engkau pasti telah ambil masa yang panjang untuk sampai di sini, Tuan?

“Oh, ya! Tetapi bagi kami, kami tak rasa ada banyak jarak dan masa. Kami hanya rasa seperti di rumah kerana kami ada kenderaan yang sangat baik. Engkau panggil itu ‘kenderaan’ di dunia-Mu. Jadi kami sangat selesa.” Wau! Alam ajaib yang begitu hebat, mimpi yang begitu indah. Terima kasih, Tuan, kerana mengambil masa untuk datang berjumpa dengan kami dan berikan berkat kepada semua makhluk dan Bumi di dunia rendah kami ini. Semoga TUHAN limpahkan Rahmat penuh kasih sayang, berkat kpd Engkau dan rakyat-Mu selama-lamanya. Amin, Tuan. Ya, terima kasih kerana ambil begitu byk masa yang berharga untuk datang ke sini.

Populasi-Mu, maksudku anak murid dan pengikut, penduduk-Mu, sesetengah daripada mereka yang berada di tahap pencapaian spiritual yang tinggi mengiringi Engkau. Terima kasih kepada Kalian di sini juga. Berapa banyak daripada mereka masih, maksudku, jumlahnya di planet-Mu, di alam penuh kemegahan spiritual-Mu? Boleh Engkau beritahu kami? “Oh! Dah tentu, dah tentu. Kami tiada penduduk yang begitu padat seperti dunia-Mu di sini. Jumlahnya kira-kira 8,420,552 individu di alam kami. Mereka semua menyampaikan salam dan ucapan selamat penuh kasih sayang kpd Engkau dan umat-Mu, makhluk-Mu, semua jenis penduduk-Mu di planet-Mu.” Oh! Terima kasih, terima kasih, Tuan, terima kasih banyak-banyak. Semoga semua penduduk-Mu diberkati selama-lamanya dalam Rahmat TUHAN. Amin. Kami juga menyampaikan ucapan selamat yang tidak terhad kepada orang-Mu.

Boleh Engkau beritahu kami bagaimana kami ada penghormatan untuk menyambut Engkau di sini? Kami sangat gembira, dah tentu, mengalu-alukan Engkau, cuma dunia kami pada masa ini berada dalam sejenis huru-hara. Engkau tahu akannya. Kita tak nak sebutnya. Itu takkan tambahkan sebarang kegembiraan kepada pertemuan kita. Berapa lama lagi Engkau boleh berada di dunia kami, Tuan? “Lebih kurang sepuluh hari lagi.” Wau! Ya TUHAN, itu sangat bagus. Di dunia rendah kami, kami rasa begitu banyak diberkati, begitu beruntung, begitu bertuah menyambut Engkau. “Oh! Tidak, tidak, tak usahlah sebutnya. Kami suka datang ke sini.”

Oh! Aku mohon maaf, Tuan, kerana Engkau perlu tunggu begitu lama. “Ah! Jangan risau, jangan risau, jangan risau. Kami tiada konsep masa seperti di planet-Mu. Setiap hari hanyalah hari ini. Kami juga tiada konsep ruang. Jadi kami pada masa yang sama berada di alam kami sementara berada di dunia-Mu. Kami perlu menyesuaikan diri antara dua dunia ini supaya kami tidak rasai sebarang jarak atau masa berlalu. Janganlah risau. Begitu pun, kami juga boleh terbang mengelilingi planet-Mu dan kami juga boleh masukkan dunia-Mu ke dlm ingatan kami supaya penduduk kami yang belum capai dua dunia dalam satu ini juga dapat lihat apa yang kami lihat. Kebanyakan daripada orang kami dapat lihatnya dari alam kami, macam mana rupa dunia-Mu di sini tetapi sesetengahnya masih tak dapat lihatnya, jadi kami perlu buat sejenis, dalam bahasa kalian, ia dipanggil ‘pengenalan maya’ supaya orang kami juga dapat lihat Engkau dan dunia-Mu juga.”

Wau, wau, wau! Aku harap orang kami di dunia kami boleh miliki keupayaan yang sama dengan orang di alam-Mu macam itu. Itu akan sangat bagus. Itu akan menjadi keajaiban yang besar bagi mereka. Aku rasa lebih… Aku lebih senang hati sekarang, mengetahui bahawa Engkau tak perlu duduk di sesuatu tempat di dalam kononnya kenderaan-Mu dan menunggu aku. Terima kasih banyak-banyak. Terima kasih banyak-banyak kerana biar aku rasa bebas drpd rasa bersalah.

Apakah gelaran alam spiritual-Mu? Sama seperti kami tahu alam-Mu dipanggil ‘Persahabatan’ dan Engkau ialah Raja dari Alam Persahabatan. Tapi apakah nama ‘persahabatan’ dalam bahasa-Mu? Engkau ada bahasa khusus juga, kan? “Oh, ya! Oh, ya! Kami ada. Di alam kami, ‘persahabatan’ yang diterjemahkan kpd bahasa Inggeris, perkataan itu ialah: D-E, De. Alam kami dipanggil ‘De’ – ‘Persahabatan’. Alam kami dalam bahasa kami dipanggil ‘De’, jadi alam kami ialah ‘Alam De’ – ‘Alam Persahabatan’.” Nama Tuanku pula? “Ah! Nama rendahku ialah Pu, P-U. Ia bermaksud ‘kawan’. Aku seorang kawan, kawan-Mu dan kawan semua orang, dengan Nama TUHAN, dalam Rahmat TUHAN, dalam semua ciptaan TUHAN.”

Terima kasih kerana beritahu kami semua ini. Ini pengetahuan baharu yg menakjubkan bagi kami semua. Dengan nama semua makhluk di dunia rendah ini, kami ucapkan terima kasih kpd Engkau kerana datang sekali lagi untuk jumpa dgn kami, berkati dunia kami dan bawa masuk tenaga gembira, kuasa positif tambahan untuk bantu kami dengan sesuatu cara bagi mengurangkan nasib malang di dunia kami. Dah tentu, Engkau sudah tahu sebabnya aku tak dapat segera jumpa dgn Engkau ketika Engkau pertama kali datang walaupun aku sangat inginkannya. Itu disebabkan konflik yang berlaku di dunia kami. Aku amat berterima kasih atas kesabaran, toleransi dan berkat-Mu. Terima kasih sekali lagi, Tuan.

“Oh! Tak usah sebut, tak usahlah sebut. Di Alam Semesta kami dan banyak Alam Semesta yang lain, kami dapat sering saling melawat dengan senangnya, seolah-olah kita masuk ke dalam ruang tamu. Cuma kami tahu bahawa di dunia bermasalah macam ini pada masa ini, adalah sukar untuk ada peluang sebegini, seperti dalam beberapa hari ini dalam masa dunia-Mu.” Terima kasih, Tuan, terima kasih banyak-banyak.

Photo Caption: “Jadilah Penerima KASIH SAYANG TUHAN”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-22
2149 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-21
8589 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-21
751 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-08-21
1357 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-08-21
598 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-21
1595 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-20
1906 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-20
984 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-08-20
1676 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun