Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kedudukan Spiritual Alam Dosy dan Pandangan Mendalam daripada Baginda Raja Nu, Bahagian 2 daripada 5

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Oh! Saya terlupa beritahu anda bahawa Raja Keamanan telah pulih dengan baik sekarang. Baginda diserang oleh geng hantu gahirah. Saya bersama Baginda dan selamatkan Baginda. Baginda makhluk yang menakjubkan. Baginda ialah Buddha silam yg kembali sebagai anak murid untuk bantu saya menyelamatkan dunia ini. Anda juga harus banyak berterima kasih kpd Baginda. Sekrg Baginda telah pulih, mungkin kita boleh teruskan perbualan dengan Raja-raja yang jauh atau Raja-raja lain. Sementara itu, saya akan cuba menyiapkan perbualan dengan Raja-raja lain selepas Raja Nu Alam Dosy. Saya memang harap saya dapat.

Berhubung dengan Kuasa Alam Semesta Asal, Kuasa TUHAN, maka anda boleh mendapat pembebasan. Jadi orang yang diinisiasi, ikhlas, pada hari inisiasi, mereka sudah menjadi bebas, kecuali dengan tabiat, pengaruh latar belakang, rakan atau ahli keluarga yang masih belum berada dalam Cahaya, pengamal mungkin berbalik semula kepada pola hidup tak berbelas kasihan lama seperti membunuh makhluk lain atau makan daging makhluk lain yang dibunuh, maka mereka tak boleh mendapat pembebasan ini lagi. Sebab itulah pada masa dahulu, zaman dahulu, Guru tidak beri inisiasi dengan begitu senang dan secara rawak. Tetapi hari ini, sesetengah Guru masih lakukannya, jarang, tetapi masih begitu walaupun Mereka memilih dengan jelas sekali. Baba Sawan Singh Ji Maharaj, ketika masih hidup, daripada beratus-ratus permohonan untuk inisiasi, barangkali Beliau memilih seratus lebih, menurut rekod yang saya baca di sesuatu tempat. Dah lama sejak saya bacanya.

Jadi lihatlah, peluang untuk mendapat inisiasi oleh Guru sebenar taklah begitu besar. Maksud saya, peluangnya taklah begitu besar. Sebab itulah saya masih bekerja keras sekali dan menderita kerana tidak banyak, bilangan yang besar daripada populasi dunia ingin dapatkan inisiasi, hanya kerana begitu sukar bagi mereka menjadi vegan. Mereka tunduk kpd tabiat dan cita rasa, daripada mahu pulang ke Rumah dan menjamin pembebasan mereka, menjamin peluang mereka untuk berada jauh, jauh, jauh, bebas dari neraka. Ini sangat menyedihkan bagi hati saya. Saya cuba bersungguh-sungguh. Apa lagi yang boleh saya buat?

Sebenarnya gaya hidup vegan bukan sahaja termasuk menghindari daging orang-haiwan tetapi juga menghindari arak, dadah, rokok dan perbuatan tidak baik yang lain. Jadi orang di dunia rasa bahawa ini sangat sukar bagi mereka ikut. Tapi pada asalnya kita hidup macam itu. Kita dilahirkan macam itu, cuma disebabkan oleh pengaruh negatif masyarakat, kita menjadi lebih negatif dan tenaga negatif ini mengikut kita ke mana-mana saja, mengurung kita macam penjara yang begitu kuat sehingga kita tak dapat keluar, jadi tanpa Kuasa dan Berkat Guru, itu hampir mustahil, tetapi orang tidak berdoa pun kerana mereka begitu asyik dengan jenis situasi ini, dengan jenis gaya hidup yang begitu sukar bagi mereka ingat akan TUHAN, ingat akan Buddha, doa untuk perlindungan dan bantuan serta inisiasi untuk pembebasan pun.

Walaupun ada segala kejatuhan, perangkap dan pengurungan ini bagi manusia yang masih tidur, saya tetap rasa manusia adalah berharga dan roh mereka ialah sesuatu yang dicari-cari, diburu oleh kuasa negatif. Mereka begitu kesian, manusia. Jika kita memikirkan penderitaan mereka, jika kita memikirkan kelemahan mereka, oh, kita boleh menitiskan air mata siang dan malam, dengan begitu banyak rasa simpati dan belas kasihan dalam hati kita. Itu apa yang berlaku kepada saya. Sebab itulah saya tak dapat berhenti menyayangi mereka. Meskipun anda kata pendosa yang paling teruk di dunia ini, saya tetap begitu sayangi mereka dan cuba sedaya upaya untuk menyedarkan mereka dan berikan sebanyak pahala yang saya dibenarkan untuk berikan supaya mereka dapat menaikkan diri ke atas, dan dengan banyak keadaan, banyak berkat daripada semua Guru dan TUHAN Yang Maha Berkuasa, mungkin mereka berpeluang untuk menjadi sedar dan cuba mencari Guru bermakrifat untuk beri inisiasi yang berharga ini kpd mereka bebaskan roh mereka selama-lamanya. Saya berdoa agar suatu hari nanti ini akan berlaku dan gaya hidup ini akan menjadi satu-satunya gaya hidup untuk planet kita.

Ada begitu banyak kebebasan untuk manusia buat apa-apa saja yang lain yang mereka mahu, cuma bermurah hati, perlakukan makhluk lain sebagaimana anda mahu diperlakukan, perlakukan badan anda sendiri sebagai rumah ibadat TUHAN yang berharga dan jaganya dengan cara yang betul, tidak mengambil segala racun daripada daging orang-haiwan, dadah, arak, rokok, sebarang bahan tidak sihat yang boleh memudaratkan badan, minda, jiwa anda, dan benar-benar mempengaruhi roh. Roh ialah orang yang mengarahkan gaya hidup, pemikiran, keturunan mulia manusia yang merupakan anak TUHAN, tetapi jika anak TUHAN wujudkan begitu banyak halangan negatif di sekeliling mereka, seperti tembok yang tak dapat ditembusi, maka roh tak dapat buat banyak juga.

Anda lihatlah betapa berkuasanya Tuhan tetapi manusia pun, terperangkap di dalam tembok yang mereka sendiri wujudkan, tak dapat menerima Rahmat, Berkat, Kasih Sayang, Kuasa TUHAN pun. Manusia ada kemahuan bebas tetapi banyak orang gunakannya untuk tujuan yang memudaratkan, jadi jatuh ke dalam keadaan yg sangat rendah, keadaan status spiritual yang lebih rendah dan menahan begitu banyak penderitaan, berenang dalam kolam segala jenis bahan yang memudaratkan, buruk, kotor, tidak sesuai bagi anak TUHAN.

Kita sudah cakap tentang itu sebelumnya. Saya tak tahu sama ada saya harus teruskan lagi. Oh! Semoga TUHAN berkati kita semua dan semoga anda segera menjadi sedar. Itu saja yang boleh saya katakan dan berdoa untuk anda. Syukur kepada Engkau, TUHAN, atas Belas Kasihan dan Kasih Sayang-Mu dan atas Engkau masih menerima kami, ampuni kami meskipun kami berada dalam perigi kedukaan, penderitaan dan dosa yang paling dalam. Engkau masih menerima kami. Engkau masih mahu kami pulang ke Rumah. Kami amat bersyukur kpd Engkau, Tuan. Kami amat bersyukur kepada Engkau, MAPA Agung.

Tetapi memikirkannya, anda mesti percaya kepada TUHAN, percayai TUHAN, percayai Belas Kasihan dan Pengampunan-Nya. Bayangkan ibu bapa kita, betapa banyak mereka akan sentiasa mengampuni kita dan menjaga kita terutama apabila kita dalam kesusahan. Tetapi kita juga mesti dengar nasihat ibu bapa. Mereka ialah orang yang lebih tua. Mereka ada lebih banyak pengalaman dan kasih sayang yang amat besar kepada anak. Sebab itulah dalam agama yang baik, peraturan agama nasihati kita supaya hormati ibu bapa kita, sayangi ibu bapa kita kerana mereka ialah salinan Sifat TUHAN. Sebab itulah jika anda taat kepada ibu bapa, benar-benar dalam hati anda, anda hormati, sayangi dan ambil berat tentang mereka apabila mereka perlukan anda, atau semasa mereka tidak perlukan anda, anda melawat mereka, beri hormat kepada mereka, menjaga mereka dengan cara kecil untuk buat mereka rasa disayangi dan dihargai – itu buat mereka gembira pada hari tua. Itu sesuatu yang harus dilakukan oleh semua anak, tidak kira berapa usia anda kerana itu akan datangkan pahala besar kepada anda juga.

Dengan Rahmat TUHAN, anda dilahirkan sebagai manusia lain dan nikmati segala keistimewaan, kecerdasan dan berkat. Jadi adalah natural kita harus benar-benar taat kepada ibu bapa kerana saya lihat kebanyakan ibu bapa, 99.9% daripada ibu bapa begitu tidak bersyarat dlm kasih sayang, penjagaan dan perlindungan anak mereka. Jadi dalam skala yang jauh, jauh, jauh lebih besar, tak dapat dibayangkan, ini rupa TUHAN, rupa TUHAN sebenar. Mereka hanya mahukan segalanya yang terbaik untuk anda dan cuba – Ibu Bapa, MAPA – cuba sedaya upaya.

Ibu bapa kita, TUHAN, Yang Maha Berkuasa, MAPA kita, sentiasa cuba sedaya upaya untuk beri kita segala benda terbaik, kehidupan yang paling gembira, kehidupan yang paling bahagia, kemudian MAPA malah biarkan anda memilih untuk datang ke dunia yang tidak seperti TUHAN, tidak seperti di Syurga ini, tetapi anda ingin datang. Anda ingin alami perbezaannya, jadi TUHAN pun biarkan anda turun ke sini untuk pelajari sesuatu yang baharu, lebih baharu daripada hidup di Syurga, dah tentu, agar anda dapat rasa anda berusaha untuk dapatkan pahala, berusaha untuk hidup, berusaha untuk dapatkan berkat. Itu apa yang anda fikirkan sehingga anda turun ke sini dan menderita tanpa penghujungnya kerana ini dunia yang berbeza di sini, kesan getaran yang berbeza, tenaga yang berbeza. Ia tidak lancar dan gembira, bahagia seperti hidup di Syurga. Syurga yang paling rendah pun, tetap sejuta kali lebih baik daripada di dunia fizikal ilusi ini.

Ini fizikal, dapat disentuh, dapat dilihat, dapat dirasa tetapi semuanya ialah ilusi. Ia hanya dibuat daripada tenaga buruk untuk wujudkannya dan ##memerangkap anda ke dalamnya, membuat anda rasa segalanya benar. Bayangkan pokok, akar dan semua benda yang membentuk pokok. Kita rasa ia berakar di dalam tanih dan dibuat dengan tanih, daripada tanih tetapi ahli sains pun sudah tahu bahawa ia dibuat daripada udara, daripada tenaga dalam udara, daripada komponen dalam udara. Kami ada rancangan tentangnya. Anda balik bacanya dan saksikannya. Jadi bayangkan manusia adalah macam itu juga. Begitu banyak komponen bergabung untuk wujudkan manusia. Manusia pertama, kemudian di dalam rahim.

Photo Caption: “Warna Terang dan Penuh Kasih Sayang adalah untuk Ingatkan Semua Orang##tentang Syurga”

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (2/5)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-31
2547 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-01
2048 Tontonan
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
Pertunjukan
2026-08-01
218 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-08-01
2048 Tontonan
Filem Pendek
2026-08-01
1101 Tontonan
Berita Wajar Diberi Perhatian
2026-07-31
975 Tontonan
Kata-kata Hikmah
2026-07-31
922 Tontonan
Perjalanan Melalui Alam Estetik
2026-07-31
1217 Tontonan
Alam Haiwan: Penghuni Bersama Kita
2026-07-31
611 Tontonan
Antara Guru dengan Anak Murid
2026-07-31
2546 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android
Prompt
OK
Muat Turun