Cari
Bahasa Melayu
 

Jalan ke Arah Keamanan di Ukraine (Ureign) dan Dunia, Bahagian 9 daripada 13

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut
Tolonglah, mulai sekarang, ubah kehidupan anda, menjadi manusia yang benar-benar baik, anak Tuhan yang baik. Jauhi segala perkara buruk, untuk anda sendiri juga. Jangan makan segala darah dan daging makhluk hidup lain. Jangan tebang pokok cantik yang berikan oksigen kepada anda. Tetapi juga jangan mengambil dadah, jangan minum arak, jangan merokok. Jangan mengambil apa-apa yang meracun diri manusia anda yang cantik, berharga.

Apa-apa yang buruk untuk anda, hentikan, jauhinya. Apa-apa yang baik untuk anda dan makhluk lain, terus lakukan, lakukan lebih banyak jika boleh. Itu satu-satunya cara anda dapat hidup di dunia ini, dapat melepaskan diri daripada penyihiran ganas, keracunan ganas dan cengkaman ganas maya, dan satu-satunya cara anda dapat pulang ke Rumah Sebenar, Rumah megah anda, nampak Diri Sebenar Anda yang ada Cahaya megah, cantik di sekeliling anda dan mana-mana saja. Itu Anda yang sebenar. Usah memuji malaikat yang kelihatan cantik, usah memuji Santo dan Orang Suci – – jadilah itu!

Anda tak perlu buat apa-apa pun untuk menjadi manusia, hanya menjadi manusia berperikemanusiaan, hanya jauhi segala perkara buruk, hormati nyawa, bukan sahaja nyawa anda tetapi juga semua nyawa, dan takut pada Tuhan, hormati Tuhan, cintai Tuhan, ingat akan Tuhan, setiap saat dalam hidup anda. Anda tak perlu meninggalkan kerja, perniagaan, keluarga, kekayaan anda, apa-apa pun – melarikan diri ke dalam hutan utk menjadi yogi atau apa-apa pun. Bekerja bersama manusia, hanya ingat akan Tuhan, hormati Tuhan, menjadi manusia yg berperikemanusiaan dengan hormati semua nyawa, buat apa-apa saja yg baik yg anda boleh dan ingat akan Tuhan sepanjang masa. Saya akan sendiri menyelamatkan anda jika anda adalah macam itu. Jika anda adalah macam itu, jika anda manusia berperikemanusiaan, meskipun anda tidak mengikut saya, apabila menghadapi ajal, jika anda panggil nama saya saja, saya akan berada di sana dan bawa anda keluar dari neraka.

Tuhan tahu akannya. Semua Guru, semua Buddha, semua Santo dan Orang Suci tahu bahawa saya bercakap benar. Saya janjikan itu kepada anda. Hanya jadi manusia berperikemanusiaan. Buat segalanya yang baik yg anda boleh. Jauhi segalanya yang buruk. Terutama karma bunuh. Terima kasih kerana dengar. Terima kasih kerana amalkan apa yang anda tahu paling baik untuk anda. Apa yang paling baik untuk anda akan paling baik untuk planet ini juga. Dah tentu, itu paling baik untuk keluarga, orang tersayang anda dan diri sendiri.

Kembali ke Taiwan (Formosa) sedikit lagi. Saya telah wujudkan lingkaran keamanan bulatan keamanan di sekeliling negara anda, sekeliling Taiwan (Formosa). Saya telah buat sebaik mungkin untuk keamanan di negara anda bagi melindungi negara anda drpd peperangan tetapi jika orang anda terus bunuh orang-haiwan tak berdosa yang merupakan makhluk hidup berperasaan, kebanyakan drpd anda penganut Buddha, maka anda tahu bahawa ada karma. Karma paling buruk adalah membunuh. Anda tahu bahawa karma paling buruk adalah membunuh makhluk, manusia. Tetapi jika anda terus melakukan ini, anda membunuh manusia juga dengan beri penyakit dan kesusahan kepada badan manusia lain dan makhluk lain dgn memberi mereka daging orang-haiwan untuk dimakan atau sendiri makan daging, semua karma bunuh kolektif ini akan menimpa anda, bukan sahaja dgn bencana utk beri amaran kpd anda, bukan sahaja dengan wabak tetapi juga peperangan besar dan anda takkan

menang. Jangan bergantung pada orang Amerika juga. Mereka tak dapat melindungi setiap negara pada satu-satu masa, dan mereka tiada senjata atau wang yang tidak terhad untuk terus menyokong anda. Mereka tiada tenaga manusia untuk bawa semuanya ke sana utk membunuh atau dibunuh hanya untuk melindungi pulau kecil seperti Taiwan (Formosa). Dan anda tahu China tiada mentaliti berlembut. Anda tahu akan itu.

Jadi tolong menjadi vegan. Semua pemimpin Taiwan (Formosa), buatlah rakyat menjadi lebih bersikap lembut, lebih berbelas kasihan, lebih pemurah. Saya tak kisah sama ada anda mengikut agama Katolik atau Buddha, kedua-dua doktrin sebenar mengajar orang supaya berbelas kasihan. Jadi jadilah vegan, anda semua, dan tunjukkan contoh terserlah belas kasihan, kemurahan mengikut Hukum Tuhan, mengikut ajaran Buddha. Tunjukkanlah contoh terserlah itu kepada orang senegara anda untuk diikut!

Jangan beli lebih banyak senjata. Tiada senjata yg dapat hapuskan karma. Anda tahu akan itu. Minta maaf jika saya tidak sopan dengan anda atau tidak memuji anda. Saya memang ada memuji anda. Saya beritahu semua anak murid saya, malah secara terbuka sebelumnya bahawa kerajaan Taiwan (Formosa) adalah baik, tidak kira siapa menjadi presiden atau siapa dalam kerajaan. Mungkin sesetengah perubahan di sana sini tetapi seluruh sistem Taiwan (Formosa) adalah baik. Kerajaan benar-benar menjaga orang miskin, orang dalam kesusahan dan juga bantu negara lain dalam peperangan, dalam keperluan semasa bencana, sebanyak yang mereka boleh. Mereka hanyalah sebuah pulau kecil.

Saya beritahu orang, anak murid saya. Semua orang yang datang ke Taiwan (Formosa) ada tanggapan yang baik kerana saya beritahu mereka bahawa negara anda baik, kerajaan anda baik, murah hati dan baik hati, lemah lembut, cintai keamanan. Mereka bawa tenaga tanggapan ini balik ke negara mereka juga. Mereka buat negara mereka hormati negara anda, bangsa anda juga. Tetapi saya tak dapat bantu hapuskan semua karma jika anda terus membunuh orang-haiwan untuk dimakan setiap hari.

Negara anda terkenal dengan kurang sejahtera juga, orang, kerana setiap kali, setiap penyakit kecil, mereka akan pergi ke farmasi dan mengambil ubat. Anda semua tahu bahawa ubat tidak sembuhkan semua penyakit disebabkan karma. Lagi banyak ubat lagi lemahnya ketahanan badan anda – malah ketahanan terhadap pepijat, ketahanan terhadap bakteria. Tetapi saya senang hati dgn negara anda sekurang-kurangnya ada doktor yg baik, hospital yang baik, kelengkapan yg baik kerana negara anda kaya dan mampu miliki semua itu. Rakyat anda dijaga dengan baik oleh sistem kerajaan.

Saya begitu gembira dengan orang Taiwan (Formosa) ada negara sebegini, sistem kerajaan sebegini. Meskipun pihak pembangkang menjadi presiden, sekurang-kurangnya mereka buat begitu juga – menjaga rakyat, menjaga negara. Negara anda makmur dan selamat buat masa ini tetapi begitu banyak taufan, gempa bumi. Ini ialah akibat, kesan tenaga bunuh yang diwujudkan oleh negara dengan bunuh orang-haiwan atau bakar hutan untuk merampas tanah.

Khabarnya di Taiwan (Formosa), dah tentu, kerajaan anda melarang penebangan pokok untuk wujudkan tanah ladang atau blok bangunan di tanah tetapi orang lakukannya. Khabarnya mereka membakar tanah. Kemudian apabila semua pokok dah tiada, telah dibakar, mereka akan dibenarkan utk mengambil tanah itu bagi membuat perkara lain seperti membina rumah, bangunan, pangsapuri atau buatnya menjadi ladang orang-haiwan, pembantaian atau rumah sembelih haiwan, apa-apa saja. Jadi tak cukup ketat undang-undang perlindungan di Taiwan (Formosa) untuk hutan dan tanah dara asli di negara itu. Anda perlu lebih banyak menekankan usaha melindunginya. Bayar lebih banyak untuk melindungi hutan dan pokok sebelum tanah anda menjadi gondol, gersang, tiada apa-apa yang dapat hidup. Hanya kilang orang-haiwan yang bermunculan di merata tempat.

Dulu ketika saya di Taiwan (Formosa), saya hanya ada Ashram Miaoli di Hsihu. Kemudiannya saya beli sebuah lagi ashram di Pingtung yang dulu merupakan tempat menternak haiwan. Mereka menternak orang-kambing, -ayam dan -khinzir. Tetapi kemudiannya si ibu bapa tidak hidup lagi, jadi tiada sesiapa yang nak menjaga ladang itu. Tiada sesiapa yang dapat, hanya seorang anak lelaki atau sesuatu yang bersama ibu bapanya bekerja di tempat menternak haiwan itu. Kemudiannya dia seorang diri tak dapat, jadi tanah itu dijual kepada kami dengan masih ada banyak orang-ayam atau pondok jenis ladang yang dibina di dalamnya. Kemudian saya buatnya menjadi ashram hidup, bertentangan dengan perniagaan sebelumnya.

Itu satu-satunya ladang di sekitar sana yang saya lihat. Kemudian kami berada di sana, bermeditasi, bersuluk. Kami malah menerima tetamu, datuk bandar Honolulu, seorang Amerika. Beliau dan isterinya sendiri datang melawat kami. Banyak pegawai kerajaan, datuk bandar, mungkin senator dan orang daripada kerajaan datang ke sana untuk melawat kami kadangkala. Jadi segalanya baik.

Lepas beberapa tahun, saya kembali. Ya Tuhan, bukan hanya kami satu-satunya tempat orang-haiwan yang diubah menjadi tempat spiritual tetapi ia bermunculan di sekelilingnya, merata tempat – operasi penternakan haiwan, orang-khinzir, -ayam, -itik atau entah apa lagi. Jadi saya tak dapat tinggal di ashram Pingtung itu lagi kerana berbau busuk sekali! Jika pegawai kerajaan berkata,

“Oh, kami ada cuci setiap hari,” tetapi pegawai kerajaan tak sentiasa datang setiap hari. Mereka tak dapat memeriksa setiap hari. Ia berbau busuk sekali dan saya batuk. Segala udara beracun ini buat saya banyak batuk dan alami kesakitan, jadi saya terpaksa tinggalkan sana. Tetapi anak murid di Pingtung masih terus bermeditasi di sana. Tetapi mereka datang seminggu sekali saja, tak apa-apa. Atau mungkin jika mereka adakan suluk selama beberapa hari saja, mungkin mereka boleh tahan jika memakai pelitup muka, jika menutup tingkap tetapi ini menyesakkan nafas. Itu bukan ashram cantik yang dulu saya buat lagi, bukan ashram spiritual yang cantik lagi. Tetapi di Taiwan (Formosa), sukar bagi saya beli mana-mana tempat yang lebih besar dan ada kebenaran untuk membina tokong atau ashram untuk orang datang mengamalkan tenaga baik lagi.

Photo Caption: Bertumbuh di mana Mungkin, Menawarkan Apa yang Mampu

Muat turun Foto   

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian (9/13)
1
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-26
2339 Tontonan
2
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-27
1975 Tontonan
3
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-28
1621 Tontonan
4
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-29
1510 Tontonan
5
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-30
1601 Tontonan
6
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-03-31
1475 Tontonan
7
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-01
1354 Tontonan
8
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-02
1365 Tontonan
9
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-03
1366 Tontonan
10
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-04
1306 Tontonan
11
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-05
1110 Tontonan
12
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-06
1239 Tontonan
13
Antara Guru dengan Anak Murid
2025-04-07
1045 Tontonan