Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Lawatan ke Neraka, Bahagian 4 – Kawah Neraka

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

“Saya boleh membuktikan bahawa apabila Guru kata, ‘Mereka yang makan daging akan pergi ke neraka,’ itu memang benar. Pada suatu tengah malam, apabila hampir tamat sesi meditasi, saya menerima sebuah mesej daripada Guru dalaman, berkata, “Engkau harus melawat neraka untuk mempelajari kerja Bodhisattva dan bantu orang di sana.” Kemudian Guru dalaman membawa saya ke neraka. Kuasa Tertinggi-Nya melindungi saya daripada api neraka yang akan membakar pengamal berperingkat seperti saya. Ia juga menghilangkan ketakutan saya. Saya diiringi ke salah sebuah neraka oleh Bodhisattva Simpanan Tanah. Di sini, orang yang bersalah dipaksa berlari secepat yang boleh di atas roda besi hitam besar berputar yang serupa dengan kincir air. Pada saat mereka gagal mengikut kelajuan roda itu, mereka jatuh ke dalam kawah berisi sup mendidih di atas api yang berderu dan dimasak hingga berkecai.

Mengikut arahan Guru, saya melafazkan Lima Nama Suci dan Hadiah Peringkat Ketujuh. Apabila saya buat begitu, kuasa besar Guru membolehkan orang-orang itu bebas dari roda tersebut. Kemudian mereka berlutut di depan saya. Saya tanya mereka, ‘Bagaimana engkau jatuh ke dalam neraka ini?’ Mereka kata, ‘Dalam hayat silam, kami makan banyak daging haiwan yang diburu dan ikan yang ditangkap. Mereka alami kegerunan yang besar sewaktu diburu. Mereka cuba lari tetapi tak dapat melarikan diri. Mereka ditangkap, disembelih dan dimasak hingga menjadi lembik di dalam periuk. Sebagai akibat memakan daging mereka, kami jatuh ke dalam kawah neraka, perlu lari dan dimasak secara berulangan.’ Saya menjelaskan kepada mereka, ‘Karma makan daging adalah sangat berat. Orang berani makan daging hanya kerana mereka tak tahu apa menunggu mereka.’ Saya menggesa mereka supaya mengamalkan gaya hidup vegan dan berbuat baik dalam hayat seterusnya. Kemudian mereka mengikut Guru keluar dari neraka, dalam perjalanan menuju hidup baharu. Tetapi sementara saya bercakap, saya dapat lihat banyak pemakan daging tiba dari atas, satu demi satu jatuh ke dalam neraka, semuanya telanjang bulat. Alahai, seperti yang kitab nyatakan: ‘Neraka tidak akan menjadi kosong.’

Kemudian saya rasai tusukan pada tangan kiri saya. Saya melihat ke bawah dan ternampak lengan kiri baju saya telah mengembung ke saiz yang sangat besar. Orang neraka yang tidak terkira dimasukkan ke dalam lengan baju saya untuk diselamatkan dari neraka. Rupa-rupanya orang neraka boleh mengecut dan diselamatkan macam itu.

Saya berasa kagum memikirkan kebaikan hati dan belas kasihan tak terbatas Guru dan Bodhisattva Simpanan Tanah yang menghulurkan bantuan kepada orang yang menderita. Sejurus kemudian, saya kembali ke neraka, bernyanyi memuji dua Santo agung ini. Saya hanya mengeluarkan beberapa kata pujian, saya terdengar satu siri bunyi dentangan kuat yang mengejutkan. Rupa-rupanya itu bunyi tembok besi beberapa kamar neraka yang bersebelahan roboh di bawah kuasa kegembiraan Santo! Pada masa yang sama, mata air yang tulen, berbuih terpancut dari tanah gelap neraka, membentuk sebuah kolam teratai. Teratai keemasan dan putih yang tak terkira bertumbuh dlm kolam ini dan mekar dengan serta-merta. Bunga teratai bertumbuh menjadi semakin besar, bersinar dengan cantiknya. Teratai keemasan pun boleh mekar di neraka di bawah kuasa dan pahala tak terhingga Mahaguru Ching Hai dan Bodhisattva Simpanan Tanah. Keagungan mereka memang di luar pemahaman manusia!”

Menjadi vegan, Bertaubat = Selamatkan roh anda!

Setiap anak murid Guru ada pengalaman spiritual dalaman dan/atau berkat duniawi luaran yang sama, berbeza atau lebih banyak. Ini hanyalah beberapa contoh. Biasanya kami tidak mendedahkannya, mengikut nasihat Guru.

Untuk butiran lanjut dan muat turun percuma, sila kunjungi SupremeMasterTV.com/to-heaven

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (4/12)
2
2021-05-24
13433 Tontonan
4
2021-05-24
12104 Tontonan
12
2023-10-19
3730 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android