Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Menuntut Balik Kuasa Kasih Sayang dan Belas Kasihan Anda, Bhgn 5 drpd 8

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jika mereka pernah lihat seorang Guru di sesuatu tempat, Guru sebenar berkuasa yang dapat membebaskan orang dan rasa suka akan orang itu meskipun mungkin mereka tak tahu bahawa itu seorang Guru, barangkali mereka rasa menyayanginya, sekurangnya bukan kebencian dalam hati, maka mungkin pada waktu meninggal, Guru itu akan datang bantu mereka.

(Guru, dalam persidangan sebelumnya, Guru menceritakan kisah tentang seorang lelaki yang dulu membunuh ayam untuk perniagaan, kemudiannya sakit dan pergi ke neraka di mana dia alami penderitaan karma yang besar. Selepas dia berdoa kepada Bodhisattva Quan Yin, Dia muncul di depannya dan berikan peluang kepadanya untuk hidup semula bagi menebus semua dosa silamnya dengan menjadi sangat baik, mulia) Ya. (dan menjaga haiwan. Guru, adakah jenis pengalaman ini sebahagian daripada takdir seseorang? Atau ini bergantung kepada kemurnian hati dan kepercayaan orang itu baru adanya?) Ya. (Contohnya, pengalaman yg hampir sama membantu pemilik rumah sembelih hari ini menjadi sedar dengan lebih cepat dan bertindak dengan cara yang sama seperti orang dalam kisah itu?)

Saya harap. Lelaki dalam kisah itu, walaupun membunuh ayam dan sebagainya, namun kita tak tahu apa jenis pahala yang dia ada dalam hayat silam. Mungkin dia ada afiniti, mungkin dia ada menawarkan sesuatu kepada pengamal spiritual yang baik atau mungkin dia dilahirkan dalam latar belakang yang sangat baik seperti keluarga beragama Buddha. Meskipun mereka tak betul-betul mengikut ajaran Buddha, namun sekurangnya mereka ada sesuatu, sesuatu tanggapan dalam fikiran separa sedar mereka, tahu bagaimana menjadi baik. Kemudian mungkin dia membunuh ayam tetapi dalam hatinya dia tak rasa senang. Mungkin dia berfikir, tahu bahawa dia tak harus melakukannya kerana mengikut latar belakang di mana dia dilahirkan, seperti agama Buddha, tak boleh bunuh, ini dan itu dan sebagainya. Walaupun dia membunuh, namun dia sendiri tak menyetujui itu tetapi terpaksa melakukannya. Dia rasa itu cara yang paling baik, paling cepat untuk mencari rezeki, senang untuk mencari rezeki kerana kita memelihara haiwan dan mereka jadi berlipat ganda dgn cepat, kemudian kita hanya jual mereka atau bunuh mereka untuk dijual. Jadi sekurang-kurangnya dia ada sesuatu yang baik dalam dirinya, hatinya atau fikiran separa sedarnya, atau pahala dalam hayat silam yang masih merupakan pahala. (Ya, Guru.)

Ada dua jenis karma yang kita bawa bersama kita, karma pahala atau karma dosa. Dalam sesuatu tempoh hidup kita, kita akan menggunakan salah satu daripadanya, dan bergantung kepada berapa banyak kita menggunakan yang positif, maka kita teruskan lagi macam itu. Tetapi jika kita mulakan dengan cara negatif, maka mungkin kita teruskan macam itu. (Ya, Guru.) Ini tak bermakna pahala berkurangan, cuma dosa bertambah.

Ada sebuah kisah yg dulu saya ceritakan. Seorang lelaki yang suatu kali pergi dengar khutbah Guru spiritual. Satu kali saja, kemudian Guru beritahunya, “Kamu akan mati tak lama lagi,” hari ini, atau esok, saya dah lupa, sangat cepat. Hayatnya akan berakhir sekarang. “Jadi lepas mati, roh kamu akan pergi ke depan hakim dan jika mereka tanya kamu, ‘Engkau ada pahala dan dosa, bagi pahala, engkau akan diberi ganjaran di Syurga, dan bagi dosa, engkau akan dihukum di neraka. Yang mana engkau ingin gunakan dulu?’ Kerana kamu ada pilihan. Kamu ada pahala, jadi kamu boleh membuat pilihan kerana kamu telah dengar ajaran Santo satu hari, satu kali. Jika hakim tanya kamu itu, kamu perlu kata, ‘Aku mahukan pahalaku dulu di Syurga,’ kemudian dia akan biarkan kamu pergi ke Syurga, maka kamu tak perlu pergi ke neraka. Jadi dia pergi ke Syurga, kemudian menemui Guru spiritual ini sekali lagi di Syurga juga kerana Guru agung ada badan di peringkat-peringkat yang berlainan. Mereka mengajar makhluk yang berlainan di Syurga-Syurga yang berlainan serta di Bumi. Kamu tahu itu, kan? Dulu saya dah beritahu kamu itu. (Ya, Guru.) Oleh itu, dia pergi ke Syurga dan hakim beritahunya, “Selepas pahalamu telah habis di Syurga, engkau perlu balik ke neraka.” Tapi dah tentu, dia tak perlu kerana dia naik ke Syurga, kemudian dengar khutbah Guru sekali lagi dan ada lebih banyak pahala! Jadi dia sentiasa menaik ke atas. (Ya, Guru.) Jadi dia tak perlu pergi ke neraka sama sekali.

Jadi sama juga, orang ini dalam kisah sebenar yg saya ceritakan itu barangkali ada pahala. Jadi Bodhisattva Quan Yin pun pergi ke sana untuk bantunya. Dia berdoa. Jadi dia pasti dilahirkan dalam latar belakang yang baik dan tahu berdoa kepada Bodhisattva Quan Yin.

Banyak orang, tak kira apa agama mereka, banyak daripada mereka tak tahu tentang balasan pembunuhan. Jadi mereka bunuh apa-apa saja semasa sebarang perayaan atau setiap hari untuk dimakan. Meskipun mereka tak sendiri membunuhnya, mereka belinya, daging haiwan yg dibunuh, utk dimakan. Kamu lihat semua orang Kristian, Muslim, Hindu atau... bukan semuanya, banyak drpd mereka menganut agama-agama yang berlainan. Mereka masih makan daging setiap hari walaupun Pengasas agama, Guru asal beritahu mereka supaya jangan. (Ya, Guru.) Seperti orang Kristian, “Kamu tidak harus bergaul dgn peminum arak dan pemakan daging.” Tapi apa yang mereka buat? Mereka buat begitu. (Ya, Guru.) Pengikut Nabi Isa dan pengikut Buddha, sama saja. Sekarang, kecuali mereka ada sesuatu macam itu, sangat sukar nak menyembuhkan kejahilan mereka dan tabiat tidak murah hati. (Ya, Guru.)

Kerana mereka hanya memikirkan hidup ini, mereka sibuk. Mereka ada perniagaan untuk dijalankan, ada keluarga untuk dijaga, ada pergaduhan dengan isteri, dengan suami dan sebagainya, dan mungkin untuk warisan, pergi ke mahkamah dan segala-galanya. Mereka makan apa-apa saja yang sudah dimasak dan diberikan kepada mereka. Mereka tak mengaitkannya dengan haiwan hidup. Mereka tak berfikir. Kemudian meskipun mereka berfikir sikit, mereka takkan ada masa untuk terus menganalisis fikiran itu. Kemudian mereka sibuk. Mereka makan dan balik, bekerja lagi dan risau tentang banyak perkara yang lain.

Jadi sebenarnya tiada banyak orang Kristian, pengikut Nabi Isa sebenar. Tiada banyak penganut Buddha, pengikut Buddha sebenar, tiada banyak, dan sebagainya. (Ya, Guru.) Sangat sukar nak cari penganut baik dalam sebarang agama. Tak banyak. (Ya, Guru.) Itu sebabnya kamu tanya saya sama ada pemilik rumah sembelih atau penyembelih harus ada jenis pengalaman ini atau tidak. Tak begitu bertuah. (Ya, Guru.) Bukan semua orang ada tuah macam itu. Kita mesti menyemaikan sesuatu untuk memperoleh sesuatu. Ya? (Ya.) “Apa yg kita semaikan, itu yg akan kita dapat.”

Sebab itulah saya sentiasa beritahu kamu, maksud saya kononnya anak murid saya, bahawa kamu perlu sentiasa berbuat baik. Menjadi mulia, menjadi orang baik. Memperlakukan orang lain seperti memperlakukan diri sendiri. Apa-apa cara kita tak mahu diperlakukan, kita tak memperlakukan makhluk lain macam itu, terutamanya tanpa diberangsangkan. Kerana kita takkan tahu bila kita akan meninggal. Bukan anak murid pun, di luar lingkungan saya, mereka juga harus sentiasa menjadi orang baik, berbuat baik. Maka mereka akan ada pahala meskipun dalam hayat seterusnya mereka tak boleh mendapat pembebasan kerana tak beramal dengan baik. Dalam kalangan anak murid saya pun, jika mereka berbuat jahat, memang, mungkin mereka perlu lahir semula. Kamu takkan tahu sama ada pahala yang kamu buat dalam hayat ini akan ikut kamu dalam hayat seterusnya. Sama juga dengan karma.

Jadi sekurangnya kamu ada sedikit pahala. Jadi dalam situasi istimewa, santo dapat bantu kamu, boleh ada alasan untuk bantu kamu. (Ya, Guru.) Atau jenis orang ini didesak untuk membuat jenis pekerjaan ini. Tapi dalam hati, mereka tak sukanya. Mereka betaubat dan rasa sesal. Maka mereka juga ada alasan. Ada percambahan benih belas kasihan, benih kasih sayang dalam jiwa, hati mereka. Maka mungkin mereka juga boleh dibantu (Ya.) pada waktu susah, selepas mereka meninggalkan dunia ini atau sebelumnya, bergantung kepada setiap orang. Atau jika mereka pernah lihat seorang Guru di sesuatu tempat, Guru sebenar berkuasa yang dapat membebaskan orang dan rasa suka akan orang itu meskipun mungkin mereka tak tahu bahawa orang itu ialah Guru. Barangkali mereka rasa menyayanginya, sekurangnya bukan kebencian dalam hati, maka mungkin pada waktu meninggal, Guru itu akan datang bantu mereka. Tapi tak banyak orang begitu bertuah. (Ya, Guru.)

Jika mereka tak mengkritik atau memfitnah Guru, itu dah dikira bertuah atau suatu keajaiban. Di jenis dunia ini, kita tak boleh mengharapkan banyak. Orang sudah begitu banyak diracun. Hayat demi hayat, mengikut tabiat, pola mereka dan tak berapa mempedulikan subjek spiritual, tak terlalu banyak berfikir. Jika seorang Guru datang ke bandar mereka, mereka tak datang dengar pun. Atau mungkin mereka mengkritik atau menyebarkan berita palsu dan menimbulkan lebih banyak kesusahan dan karma untuk diri sendiri disebabkan oleh kejahilan. Baiklah, sayang. Kamu faham sekarang? (Ya, Guru, terima kasih.) Sama-sama, sayang.

(Guru, bagaimanakah Dewa Besar peringkat-peringkat yang berlainan mendapat semula pahala spiritual mereka?)

Bagaimana mereka buat begitu? (Ya, Guru.) Mereka perlu berehat, (Wau!) bermeditasi (Ya.) dan meminta bantuan Guru. (Ya, Guru.) Sama seperti orang di dunia ini mendapat semula kesucian dan pahala spiritual mereka kerana menemui Guru dan belajar dengan Guru, kemudian beramal setiap hari. (Ya, Guru.) Mereka menjadi lebih sihat dari segi rohani. Mereka dapatnya semula. Sama seperti raja di dunia ini. Mereka hanya dibenarkan ada berapa banyak warga di negara mereka. (Ya, Guru.) Biasanya macam itu. Jadi bilangan orang yang datang, sejahtera atau tidak, bergantung kepada pahala spiritual dan pahala duniawi pemimpin negara itu juga. (Oh!) Sebab itu saya beritahu kamu sebelumnya, saya takut, kerana pemimpin yang buruk akan membawa kejadian buruk kepada negara itu.

Presiden Trump adalah baik untuk Amerika. Beliau akan meningkatkan... buat sesuatu seperti pembuatan perdamaian. (Ya, Guru.) Kemudian dengannya, kita akan ada lebih banyak harapan untuk negara vegan daripada mana-mana pemimpin lain. Saya akan cuba buat sesuatu tapi saya tak pasti sama ada boleh. (Ya, Guru.) Dah tentu, orang boleh berubah dari buruk ke baik. Itu dah pasti. (Ya.) Tapi ini bergantung kpd sama ada mereka nak ubah atau tidak. Kita tak boleh memaksa mereka. (Ya.) Sebaik saja mereka nak ubah, maka Kuasa Guru dapat bantu mereka. Syurga dapat bantu mereka (Ya, Guru.) kerana mereka menuju ke arah yang bertentangan. (Ya, Guru.) Dan juga, jika dia baik, wajar mendapatnya, maka Kuasa Guru boleh berikan kepadanya juga, beransur-ansur. Sama seperti kita beri makan orang dengan makanan berkhasiat dan ringkas, jadi mereka sembuh daripada penyakit. (Ya, Guru.) Kita juga boleh berikan makanan spiritual kepada seseorang yang memerlukannya.

Ini kerana dia merupakan Dewa Besar. Jika di Alam Tinggi, di atas Alam Bayang, Mereka tak perlu kehilangannya. Tapi jika Mereka turun ke Alam Bayang, mana-mana Dewa, mana-mana Guru, Mereka akan cenderung kehilangan pahala spiritual atau pahala duniawi juga kerana Mereka memberikannya. Kerana itu sebabnya Guru turun ke sini untuk memberikan (Ya.) pahala spiritual. Jika tidak, dunia ini tak dapat dipulihkan. Kamu dapat lihat itu. Okey? (Ya, Guru.)

Saksikan Lebih Banyak
Semua bahagian  (5/8)
Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-11
148 Tontonan
2024-11-11
230 Tontonan
16:12
2024-11-11
189 Tontonan
2024-11-10
166 Tontonan
2024-11-10
273 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android