Cari
Bahasa Melayu
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
  • English
  • 正體中文
  • 简体中文
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Magyar
  • 日本語
  • 한국어
  • Монгол хэл
  • Âu Lạc
  • български
  • Bahasa Melayu
  • فارسی
  • Português
  • Română
  • Bahasa Indonesia
  • ไทย
  • العربية
  • Čeština
  • ਪੰਜਾਬੀ
  • Русский
  • తెలుగు లిపి
  • हिन्दी
  • Polski
  • Italiano
  • Wikang Tagalog
  • Українська Мова
  • Lain
Tajuk
Transkrip
Seterusnya
 

Kita Semua Bertanggungjawab untuk Melindungi Diri Sendiri dan Orang Lain, Bahagian 2 daripada 6

Butiran
Muat Turun Docx
Baca Lebih Lanjut

Jika terlalu baik, hanya turun ke sini dan bantu orang, wujudkan keamanan, membuat undang-undang vegan dan... semua orang dapat melakukannya. (Faham.) Tapi dah tentu, Kuasa Guru menyokong pemimpin yang baik. (Ya, Guru.) Mereka tetap dikaburkan oleh pengaruh dunia ini, oleh apa yang perlu mereka makan sebagai sebahagian drpd permainan ini.

Sekarang, maaf, kamu lihatlah pakaian saya. Ia antinyamuk. Kamu adanya, kan? (Ya, Guru.) Ya. Saya tiada pakaian baru, jadi memakainya, hanya untuk menarik perhatianmu. Jika tidak, mungkin kamu terkeliru antara persidangan ini dengan persidangan lain yang ada kemeja yang sama. Macam ini, “Oh, ini yang berbeza!” Hanya kalau-kalau editor terkeliru antara ini dengan persidangan lain di sesuatu tempat sebelumnya apabila saya pakai pakaian yang sama. Yang di dalam adalah yang sama. Yang di luar ialah pakaian antinyamuk yang saya pakai sewaktu saya perlu pergi ke taman. Kerana nyamuk tak tahu apa-apa pun tentang ahimsa. Tak kira berapa banyak kamu atau saya beritahu mereka, mereka buat saja apa yang mereka buat. (Ya, ya.) Terima kasih. Soalan seterusnya, silakan.

( Guru berkata bahawa Good Love ialah pembantu Dewa Besar Peringkat Ketiga tetapi Good Love turun ke sini untuk melindungi Guru, menentang dia dan maya. Mengapakah Good Love memilih Guru dan bukan Dewa Besar Peringkat Ketiga? ) Kerana dulu kami ada pertalian. Ya. Tapi dia juga dipergunakan oleh dewa-dewi yang lebih rendah untuk seketika masa dan banyak menyusahkan saya. Tapi saya tahu itu bukan salahnya, jadi saya maafkannya dan sembuhkannya sebaliknya. Ya. Tapi dia sayangi saya selama-lamanya. Ya, tak kira apa pun. Walaupun dia diracuni atau dibasuh otak oleh dewa-dewi lebih rendah yang lain, akhirnya dia tetap akan kembali ke niatnya untuk melindungi saya. ( Ya, Guru. ) Disebabkan oleh kasih sayang saya. Kasih sayang, apabila murni dan tak bersyarat, sentiasa akan menang akhirnya. (Ya, Guru.) Mungkin bukan dengan serta-merta tetapi menang dengan cepat. (Ya, Guru.)

( Guru, adakah Presiden Donald Trump bantu membawa perdamaian antara negara dalam hayat silam? Contohnya, mungkin sebagai pemimpin negara pada zaman dahulu? ) Perkara ini barangkali saya perlu beritahu kamu secara peribadi suatu hari nanti. Ada perkara tentang rancangan Syurga, pertalian dan hubungan antara Guru dengan orang-orang yang berlainan, Saya tak boleh sentiasa beritahu kamu. ( Ya, Guru. Terima kasih. ) Mungkin suatu hari nanti, okey? ( Ya, Guru. ) Apabila segalanya telah jadi lebih baik, dunia telah menjadi lebih baik dan segalanya telah siap. Apabila kita ada masa untuk duduk minum teh, saya akan berbisik ke telinga kamu. ( Bagus. Itu bagus. ) Saya harap kita ada masa untuk minum teh kerana Tuhan tahu kita perlukannya, kan? ( Ya, Guru. )

Saya bersimpati dengan kamu perlu bekerja sepanjang masa. Saya harap kamu masih dapat kendalikannya. ( Ya, kami okey, Guru. ) Kerana kadangkala saya pun, saya berfikir, “Mana dapat saya mengendalikan semua ini? Saya perlukan rehat, cuti.” Pergi ke mana? Pergi ke mana sekarang ini? Ya, tapi saya perlu keluar, membuat senaman sikit, beberapa minit, jika saya ada beberapa minit. Dan buat sesuatu yang lain untuk berehat dan kembali ke komputer, buat kerja semula. Sama dengan kamu, okey? ( Ya, Guru. ) Apabila kamu rasa dah melampau, kamu pergi ke taman, makan sesuatu, minum sesuatu, buat sesuatu yang baik untuk diri sendiri saja. Hanya mementingkan diri. Tidur sekejap, berehat, pergi buat tekan tubi. (Ya, Guru.) Berjalan-jalan. (Ya, Guru.) Pinjam anjing daripada saudaramu untuk berjalan-jalan, kemudian segalanya akan menjadi lebih baik. ( Ya, Guru. )

Kita perlu. Kita perlu bekerja sekarang, siang dan malam. Kita tak boleh mengelakkan diri. Kita perlu bekerja. Kamu boleh lihat dunia dalam keadaan yang begitu teruk. (Ya, Guru.) Jika kita tak bekerja, siapa akan bekerja? (Faham.) Siapa akan bekerja? Kamu tahu saya ada begitu banyak anak murid. (Ya.) Sekurangnya lebih banyak daripada kamu sekumpulan kecil sekarang. (Ya.) Tapi ini saja yang saya ada, sekumpulan kecil daripada kamu. Maaf. Sekumpulan kecil yang baik. Sekumpulan kecil orang yang mulia, idealistik seperti kamu. Saya tiada sesiapa lagi. Maksud saya, beberapa kumpulan kecil lagi di kawasan lain. (Ya, Guru.) Dan beberapa kumpulan kecil yang lain di seluruh dunia. Tapi yang selebihnya sibuk dengan kerja mereka sendiri. (Ya, Guru.) Atau mereka tak nak tinggal di sini pun jika mereka sudah bersama kamu. Atas sebab-sebab yang berlainan. Disebabkan oleh teman wanita, disebabkan dunia yang lebih baik di luar, disebabkan oleh rumah yang lebih selesa, apa-apa saja, entah apa lagi. (Ya, Guru.) Jadi kita perlu bekerja. Kita mesti. (Ya, Guru.) Kita mesti menang. (Ya, Guru.) Kita tak biarkan maya menang lagi, secara tak langsung melalui pembasuhan otak manusia atau syaitan bawahan lemah yang tertinggal. Faham? ( Ya, Guru. ) Kita perlu menang. Kita perlu melakukannya. Kita perlu menyelamatkan semua haiwan yang menderita agar kita tak menangis lagi. ( Ya, Guru. )

Sesetengah hari saya tangis dan suatu kali saya rakamkannya secara tak sengaja. Kemudian saya berfikir, “Oh, ini dirakamkan!” Kemudian saya tutupnya, tapi kemudian saya berfikir, “Mungkin ini bagus. Mungkin saya harus lakukannya lagi, kemudiannya, pada kali yang lain.” Kerana saya tak tahu nak bercakap dengan siapa tentang ini. Ini emosi negatif tapi saya banyak menangis. Saya mengancam Syurga dan neraka banyak kali. Mereka mengusahakannya. Tetapi masa di Syurga mungkin hanya satu saat saja berbanding dengan bulan kita di sini atau tahun di sini. (Ya, Guru.) Jadi jangan tanya mengapa begitu lambat. Saya juga tanya mengapa begitu lambat kerana saya tak sabar dengan perkara ini apabila ia melibatkan penderitaan makhluk lain. (Ya, Guru.) Terutamanya haiwan yang tak berdaya diperlakukan macam itu. Digantung pada sebelah kaki di udara sementara tekak dikerat atau dikenakan renjatan elektrik voltan tinggi. Bayangkan jika itu kamu, dan mereka ada perasaan seperti kita! (Ya, Guru.) Ini memang mendidihkan darah saya. Tak apa, kita bercakap tentang sesuatu yang lain sekarang. Jika tidak, saya akan menangis lagi. Saya akan memekik lagi. Saya akan menjerit lagi. Soalan seterusnya, silakan.

( Saya tak tahu Sama ada Guru boleh jawab yang ini. Adakah Presiden Trump turun ke sini dalam hayat ini khususnya untuk Peranan membuat perdamaian? ) Sekali lagi, saya akan beritahu kamu pada ali yang lain. (Ya, Guru.) Tanpa tanya saya, kamu boleh lihat buahnya, Kemudian kamu boleh tahu pokoknya. (Ya, Guru.) Tapi segala perincian, saya tak boleh beritahu kamu. (Ya, faham, Guru.) Tapi saya rasa kamu boleh agak. Saya tak tahu Bagaimana kamu tak boleh agak. ( Faham, Guru. Guru, adakah Pengerusi Kim Jong Un ating ke Bumi untuk peranan membuat perdamaian atau peranan lain Bagi memberi manfaat kpd planet kita? ) Kamu dapat lihat itu Daripada apa yang dibuatnya. (Ya, Guru.) Jawapan yang sama Dengan Presiden Trump. (Ya, terima kasih, Guru.)

( Guru bercakap tentang pemimpin yang baik dalam persidangan sebelumnya. Mengapakah pemimpin yang baik nampaknya digambarkan sebagai yang sebaliknya? Adakah ini sebahagian daripada kuasa maya/negatif atau ada tujuan di sebaliknya? )

Ya, ini kuasa negatif. Mereka perlu menahannya. Jika terlalu baik, hanya turun ke sini dan bantu orang, berdamai, gubal undang-undang vegan dan... semua orang boleh lakukannya. (Faham.) Tapi dah tentu, Kuasa Guru menyokong pemimpin yang baik. (Ya, Guru.) Mereka tetap dikaburkan oleh pengaruh dunia ini, oleh apa yang perlu mereka makan sebagai sebahagian drpd permainan ini. (Ya, Guru.)

Jangan tanya saya itu. Kamu boleh lihat Nabi Isa. (Ya.) Ya, berapa banyak Dia perlu menderita. (Ya.) Tapi Dia orang yang paling baik pada masa itu. (Ya, Guru.) Dan Buddha, orang juga memfitnah-Nya, malah menuduh Dia buat seorang wanita... Dia hanya mengikatkan bantal pada perutnya dan menuduh Buddha menghamilinya, misalnya macam itu. (Ya, Guru.) Dan banyak Nabi, Guru yang lain, Mereka semua sangat baik, sangat suci tetapi tetap ditindas atau difitnah. Jadi dah tentu, sesiapa yang ingin berbuat baik di dunia ini perlu menahan serangan buruk daripada kuasa negatif di domain ini. (Ya, Guru.)

Saya senang hati dengan, contohnya, Presiden Trump masih cukup kuat untuk meneruskan kerjanya. Selepas beliau sembuh, (Ya.) dan kita berdoa untuknya juga, beliau keluar, rasa kuat. Kemudian sekarang beliau sangat kuat keazamannya. Sebelum itu, barangkali beliau rasa murung. Saya masih ingat, terbaca di sesuatu tempat, beliau kata beliau tak ingat mengapa beliau nak menjadi presiden lagi untuk penggal kedua. Faham maksud saya? (Ya, Guru.) Bagi seorang lelaki berkata begitu, beliau pasti rasa agak sakit hati, agak murung. (Ya.) Walaupun beliau tak banyak berkata seperti saya, “Saya letih, saya penat, kecewa,” beliau tak banyak berkata, namun hanya satu ayat, ia menunjukkan berapa banyak beliau sakit hati. (Ya, Guru.) Tak henti-henti. Mereka sangat banyak mengecamnya.

Sangat sukar untuk mengenal orang buruk daripada orang baik kerana ada sesuatu yang tak jelas di antaranya juga, ada penetapan bagi apa yang mereka buat. Maksud saya, sebelum mereka dilahirkan. Mereka perlu buat ini dan itu. Untuk menyamar juga. (Ya, Guru.) Jadi mereka tak boleh hanya berbuat baik sekali gus. Misalnya macam itu. Atau kelihatan macam mereka berbuat buruk tetapi sebenarnya berbuat baik. (Ya, Guru.) Saya dah kata sebelumnya, saya tak boleh jelaskan segala-galanya. Tapi percayalah apabila saya kata seseorang adalah baik. (Ya, Guru.)

Pengerusi Kim Jong Un ialah salah seorang pemimpin baik. Dah tentu, beliau masih muda dan mesti belajar juga. (Ya, Guru.) Di dunia manusia, adalah sukar untuk meraba dalam kegelapan, mencari jalan keluar dan berbuat baik. Tak begitu senang. (Ya, Guru.) Sama juga dengan Presiden Trump. Saya kata beliau salah seorang pemimpin baik dan kamu harus percaya. (Ya, Guru.) Ada seorang lagi presiden yang baik. Tapi saya tak nak beritahu kamu. (Ya, Guru.) Itu di kawasan Amerika Latin. Kerana beliau tak kelihatan macam berbuat baik. Saya tak boleh beritahu kamu. (Ya, Guru.) Tapi saya bantunya. Maksud saya, Kuasa Guru menyokong, membantunya. (Ya, Guru.)

Ada banyak perkara di dunia ini, saya tak boleh jelaskan kepada kamu. (Ya, Guru.) Apa-apa pun itu, mereka perlu buat pengorbanan (Ya, Guru.) untuk menyelamatkan dunia, menyelamatkan orang, roh mereka, misalnya macam itu. Mereka perlu membuat pengorbanan. Apa-apa pun itu, kuasa negatif ingin menutupnya supaya orang tak tahu pun bahawa mereka ialah pemimpin baik. (Ya, Guru.) Mereka perlu dilahirkan dalam keadaan sebegini. Mereka perlu dikecam atau difitnah oleh orang lain supaya orang tak dapat lihat sama ada ia baik atau buruk kerana malah ada berita palsu. (Ya.) Tuduhan palsu dan sebagainya hanya untuk buat orang keliru dalam penilaian mereka. Dunia sudah membuat mereka sibuk dan keliru. Jika ada lebih banyak berita palsu, lebih banyak maklum balas negatif, maka dah tentu orang sukar nak pilih. (Ya, Guru.) Seperti nak mengundi presiden yang mana. (Ya.) Itu tujuannya, dah tentu. Apa yang kamu rasa?

Orang baik, pemimpin baik, orang spiritual atau Guru baik masuk ke negeri musuh. Dah bertuah mereka masih hidup, terus bekerja dan tak dibunuh hampir dengan serta-merta seperti Nabi Isa. (Ya, Guru.) Apa yang telah dibuat-Nya? Nabi Isa, apa yg telah dibuat-Nya terhadap sesiapa? (Ya, Guru.) Walaupun Dia sentiasa berkhutbah, walaupun Dia kata Dia ialah anak Tuhan, peduli apa? Tiada orang yang perlu percayai-Nya. (Betul. Ya, Guru.) Tapi mereka tak perlu membunuh-Nya dengan cara sebegini. (Ya, Guru.) Atas itu, dunia perlu berada dalam kegelapan untuk masa yg panjang. Tiada orang nampaknya tapi banyak orang jatuh ke neraka dan kegelapan selama berabad-abad. Itu mempengaruhi perkembangan dunia kita dari segi rohani dan sains juga. (Ya, Guru.) Bukan sahaja pamakanan daging, itu menyebabkan banyak peperangan, banyak wabak, banyak bencana. Faham? (Ya, Guru.) Orang tak tahu, tak nampaknya. Tapi pembunuhan Nabi Isa membawa begitu banyak nasib malang, bencana kepada dunia kita. (Ya, Guru.) Saya tak dapat bercakap dengan secukupnya tentang itu. Tapi okey, soalan seterusnya, silakan, sebelum saya terlalu penuh emosi dengan Nabi Isa. ( Guru... Minta maaf. ) Ya. Okey. Kamu boleh menangis jika mahu, kemudian tanya saya lepas itu. Jika orang lain boleh tanya soalan? (Ya.) Kemudian kamu tanya lepas itu. Okey? (Ya, Guru.) Untuk jimatkan masa. Kamu boleh tangis. Ia tak dilarang, cuma kita ada kerja lain untuk dibuat, tolonglah.

Saksikan Lebih Banyak
Video Terkini
2024-11-11
147 Tontonan
2024-11-11
230 Tontonan
16:12
2024-11-11
188 Tontonan
2024-11-10
166 Tontonan
2024-11-10
273 Tontonan
Kongsi
Berkongsi Ke
Benamkan
Bermula pada
Muat Turun
Telefon Bimbit
Telefon Bimbit
iPhone
Android
Menonton di Pelayar Telefon Bimbit
GO
GO
Prompt
OK
Aplikasi
Imbas kod QR atau pilih sistem telefon yang betul untuk muat turun
iPhone
Android